djchef UNCLE SEEKERS DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday 14 July 2012

UNCLE SEEKERS DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS

Uncle seekers kena tangkap di tahan di bebas kan semula

JOHOR BAHRU: Pengkaji aktiviti
paranormal,(uncle seekers) Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Negeri Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada jam 12.55 tengah hari. Pengkaji aktiviti paranormal itu ditahan kira-kira jam 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.

Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di sini. Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan
reman selama tujuh hari bagi
membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.

Mohd Akhir berkata, kertas siasatan
terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada TimbalanPendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.

Polis juga, katanya masih menunggu
keputusan ujian air kencing Syed
Abdullah bagi kesalahan mengambil
dadah. Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, turut dibebaskan.

Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini. - BERNAMA


JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.