djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Eyriqazz vs Denaihati. Show all posts
Showing posts with label Eyriqazz vs Denaihati. Show all posts

Wednesday, 26 September 2012

DJDANCHEF.BLOGSPOT.COM TEMPAT KE-13 CABARAN SEO EYRIQAZZ VS DENAIHATI

Kelmarin telah pun keluar keputusan pemenang cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati, cabaran yang bagi djchef adalah cabaran yang sangat mencabar dan saigan yang amat sengit.

Walaupun menjadi pemenang di tempat ke 13 ini merupakan pencapaian yang terbaik bagi djchef kerana djchef masih lagi NEWBIE bab-bab SEO dan FIRST TIME sertai contest berkaitan SEO ni.

Dan djchef dapat berada di tempat ke 13 daripada 124 peserta yang rata-ratanya mempunyai PAGERANK 2, 3 dan 4 berbanding djchef yang baru saje dapat PR1 yang diberikan oleh google bulan lepas.

IMPAK SEO BUAT BLOG djdanchef.blogspot.com DAPAT 1000-3000 PELAWAT (UV) SETIAP HARI !!

Sekarang baru djchef tahu kelebihan seo ni, sebelum ni djchef tak tahu pun seo ni ape benda? CEO syarikat ke? Memang pening juga first time nak faham sampai sekarang pun djchef masih lagi tak faham beberapa part SEO ni, djchef still rasa masih lagi newbie sebabnya djchef mula aktif dan mula belajar pasal seo JULAI 2012.

Ada yang nampak blog djchef ni nampak sunyi ja, tak banyak komen pun, tak nampak macam ramai pelawat pun, layout pun biasa-biasa ja, followers pun baru 100 lebih.. hehe

Djchef pun perasan juga tu semua tapi djchef malas pula nak design2 ni..hehe dan sebenarnya blog djchef mendapatkan pelawat paling MINIMUM 1000 LEBIH pelawat setiap hari dan SELALU mencecah 2000 LEBIH dan KADANG-KADANG 3000 LEBIH pelawat setiap hari dan rata-rata pelawat yang datang adalah dari search engine google, yahoo, bing dan ask tu yang nampak sunyi sikit sebab pelawat yang datang dari search engine jarang tinggalkan komen di blog.

Sorry tak da screen shot statistik, nanti djchef akan buat satu lagi entri pasal statistik blog djchef ni.

Cuma djchef masih lagi dok buat uji kaji pasal seo ni dan pada masa yang sama djchef confuse bahagian mana yang sudah djchef apply teknik seo ni.

PENING DAN CONFUSE DENGAN SEO !!!

Kadang-kadang djchef buat 1 artikel tu dapat rank tinggi, kemudian djchef buat lagi artikel kedua guna teknik yang sama tapi tak dapat rank pula.. Confused!

Kadang-kadang djchef buat 1 artikel siap promote sana sini ok dah dapat rank, pastu artikel ke-2 guna teknik yang sama promote sana-sini tapi tak rank pula macam artikel pertama.. Haahh pening!

Tu yang djchef masih lagi rasa djchef ni newbie dan masih lagi proses uji kaji pasal seo yang mengelirukan djchef ni.

Apa-apa pun djchef nak ucapkan tahniah buat pemenang cabaran seo ni dan tak sabar nak tunggu pemenang top 5 kongsikan rahsia mereka.

Dan nak LIHAT JUGA pemenang TOP 5 tu ada tak yang kongsikan teknik SEPENUHNYA yang diorang praktikkan selama ini sebab djchef ada perasan beberapa teknik diorang lakukan sepanjang cabaran tu

Dan tak pasti sama ada diorang juga turut akan kongsikan teknik yang djchef perasan tu untuk dimuatkan dalam entri reveal rahsia kejayaan diorang yang diminta oleh bro Eyriqazz.


Baca Penuh DJDANCHEF.BLOGSPOT.COM TEMPAT KE-13 CABARAN SEO EYRIQAZZ VS DENAIHATI

Friday, 31 August 2012

SIAPA BAKAL PEMENANG Eyriqazz vs Denaihati

Tidak lama lagi pemenang Eyriqazz vs Denaihati cabaran seo yang sengit akan diketahui. Kedudukan sentiasa berubah-ubah setiap minggu.

Memang dasyat cabaran kali ini, pergi sana pergi sini asyik jumpa saja cabaran seo ni. Peserta-peserta yang join memang hebat-hebat belaka.

Ada yang buat backlink, ada yang ping sana ping sini, yang buat video pun ada, yang buat contest menggunakan keyword pun ada. Memang hebatlah.

HARAP PEMENANG DAPAT SHARE TIPS & TRIK SEO
Rasanya bukan djchef saja yang mengharapkan ni, semua peserta yang join contest ni pun berharap para pemenang cabaran ni dapat berkongsi serba sedikit.. Apa serba sedikit? Haiyo kongsi serba BANYAK tips dengan kitaorang.

Ok apa pun tahniah kepada bakal pemenang Eyriqazz vs Denaihati ni. Ok!


Eyriqazz vs Denaihati

Baca Penuh SIAPA BAKAL PEMENANG Eyriqazz vs Denaihati

Sunday, 26 August 2012

Eyriqazz vs Denaihati

Tetiba sertai eyriqazz vs denaihati contest seo ini. Lama tengok Eyriqazz vs Denaihati punya pertandingan tapi baru harini tergerak hati nak sertai.

Ramai otai-otai yang menyertai vs pertandingan ni lagi lah buat djchef kurang yakin untuk berlawan. Blog djchef ni tidak lah hebat masih lagi budak mentah dalam arena pertandingan-pertandingan seperti ini tak mampu nak vs dengan yang lain.

CABARAN EYRIQAZZ VS DENAIHATI
Bagi yang belum tahu lagi cabaran ini adalah untuk menguji blog atau laman-laman web yang dapat mengekalkan kata kunci Eyriqazz vs Denaihati di enjin pencarian google malaysia.

Setakat ini ada 100 lebih penyertaan dan dan 20 lebih penaja untuk pertandingan berprestij ini. Berprestij woo. Hadiah yang diberikan kepada pemenang memang gempak-gempak dan menarik habis.

EYRIQAZZ PENGANJUR
Djchef masih baru lagi dalam dunia blog ni, apa yang djchef dapat tahu Eyriqazz ni memang sudah lama berada di dalam dunia berblog dan pelbagai pertandingan dan sumbangan telah dianjurkan dan diberikan oleh beliau tidak hairanlah perkataan otai wajib diberikan kepada Eyriqazz.

Blog ni banyak kongsikan tentang keluarga, pelancongan, makanan, tips berblog dan macam-macam lagi.

Sempat lagi tinjau alexa blog Eyriqazz ni setakat ini Eyriqazz berada di kedudukan 71 ribu lebih untuk global manakala bagi kedudukan untuk Malaysia blog Eyriqazz berada dibawah 600. Hebatkan! blog djchef punya kedudukan masih lagi berjuta-juta tak tahulah bila boleh dapat top 500 pun ok lah untuk alexa tu, kedudukan eyriqazz vs denaihati tak tahu pula la macam mana.

DENAIHATI HIDUPKAN UNTUK MEMBERI
Siapa pula Denaihati ni kan. Apa yang saya tahu Denaihati pun kira otai sama dengan Eyriqazz dan yang Denaihati sangat terkenal bukan di blogger Malaysia tetapi juga terkenal oleh blogger negara lain seperti singapura dan indonesia.

Blog Denaihati berkongsi mengenai seo, tutorial, isu semasa, kisah kehidupan, insentif duit dan lain-lain.

Mengikut alexa pula setakat ini kedudukan global blog Denaihati berada dibawah 23 ribu dan kedudukan Malaysia berada dibawah 200. Wah! Lagi hebatkan. Trafik mesti beribu-ribu punya kan. Haih, bila la akan ku dapat seperti itu. Sabar-sabar. Hehe

EYRIQAZZ VS DENAIHATI BUKAN PEREMPUAN
Apa pula dah ni tetiba bukan perempuan lelaki semua ni haha. Sebenarnya kali pertama djchef dengar nama Eyriqazz dan Denaihati ni djchef tetiba terbayangkan blog ni mesti blogger perempuan sebab kawan djchef ada yang nama eyriqa secara automatik rasa macam Eyriqazz ni ialah blogger perempuan rupanya silap andaian aku eh!

Eyriqazz vs Denaihati kedua-duanya ialah lelaki sejati dan telah pun berumah tangga.

PERTANDINGAN HEBAT
Pertandingan eyriqazz vs denaihati ini terbuka kepada semua blogger Malaysia dan berlangsung sehingga 31 Ogos 2012. Marilah kita sertai ramai-ramai boleh juga dapat pengalaman dan tahu serba sedikit strategi yang agak berhasil yang kita tahu.

HADIAH PEMENANG EYRIQAZZ VS DENAIHATI
Hadiah-hadiah untuk juara memang panas giler lah. Bagusnya kalau djchef dapat. Antara hadiahnya setakat ini:

Tempat Pertama - RM500 tunai + ( 20,000 trafik dari Denaihati.com ) + ( iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom )

Tempat Kedua - RM300 tunai + (10,000 trafik dari Denaihati.com )

Tempat Ketiga - RM200 tunai + 5,000 trafik dari Denaihati.com

4-5 hadiah - RM100 + 5,000 trafik dari Denaihati.com

6-7 hadiah - RM50

8-10 hadiah - RM30

11-20 hadiah - RM10

Cabaran eyriqazz vs denaihati dan Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com , Azri.my , Blogr.my , ziefauzi.com , Shakiddo.com , ZarulUmbrella.Com , Hatiputera.com, Papamifz.com, Mksyahir.blogspot.com , Boladaily.com , BloggerSentral.com , Mysuperkids.net , Vitaminsemulajadi.com , Aslamber.Com, kgbalimbang.blogspot.com , Ciktom.Com , Muhasabahtrading.Com , Bluedianthus.Com , PanduanServisBlog.Com , faizalpj.com , ladfeamir.com dan Syaisya.com .

Semoga pertandingan ini berjalan dengan lancar dan marilah kita sertai ramai-ramai cabaran Eyriqazz vs Denaihati ni.


Eyriqazz vs Denaihati

Pesaingan sangat sengit lah smpai ada siap buat video lagi. Sebagai contoh video dari azwan anuar. .



Baca Penuh Eyriqazz vs Denaihati