djchef BAJET 2013: SUBSIDI GULA DIKURANGKAN 20 SEN SEKILO MULAI ESOK | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Friday 28 September 2012

BAJET 2013: SUBSIDI GULA DIKURANGKAN 20 SEN SEKILO MULAI ESOK

Bajet 2013: Subsidi gula dikurangkan 20 sen sekilo mulai esok djchef.

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula esok, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, Perdana Menteri berkata pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripada persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.

"Bagaimanapun kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen satu kilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta," katanya ketika membentangkan belanjawan bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" hari ini.

Perdana Menteri berkata keputusan itu turut mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini.

Najib berkata di sebalik pengurangan subsidi itu, kerajaan berharap peniaga tidak membebankan masyarakat keseluruhan dengan menaikkan harga barangan sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran.

Beliau berkata peruntukan itu juga untuk menampung perbezaan harga dan kuota penggunaan minyak masak yang semakin meningkat ketika ini. - BERNAMA

** MAKLUMAN **
Untuk Baca semua yang berkaitan bajet 2013 sila klik sini>> BAJET 2013

JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

  1. bagus jgk dikurangkan...kurang sikit minum gula..tmbh gula dlm senyuman...hehe

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.