djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday, 24 October 2013

Pegawai Bank Wanita Maut Ditembak Pengawal Keselamatan

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun maut apabila ditembak di bahagian muka oleh pengawal keselamatan bank berkenaan yang kemudian bertindak melarikan sejumlah wang.
mynewshub, jenayah
Dalam kejadian pukul 6.18 petang tadi, mangsa, Norazita Abu Talib, maut di tempat kejadian apabila bahagian mukanya hancur akibat peluru ‘pump gun’ yang dilepaskan  oleh suspek, Ardi Hamza, 36 yang berasal dari Jalan Apas, Tawau, Sabah.
Kejadian berlaku di sebuah bank di Jalan USJ Sentral, Subang Jaya.
bangsatTimbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan yang mengenai muka mangsa yang  kemudiaannya meninggal dunia di tempat kejadian.
Ardi dipercayai melarikan diri dengan sebuah motosikal bersama sejumlah wang selepas kejadian itu.
watermark ic suspect
Allahyarham yang merupakan ibu kepada dua cahayamata dikatakan telah 16 tahun berkerja dengan bank berkenaan.
Kejadian, terdapat 5 kakitangan bank termasuk suspek.
Baca Penuh Pegawai Bank Wanita Maut Ditembak Pengawal Keselamatan

Tuesday, 22 October 2013

3 Sebab Elak Pasangan Yang Terlalu Tua

Kebelakangan ini kelihatan semakin banyak pasangan berpisah dan secara kebetulan pasangan yang memilih untuk bercerai ini miliki perbezaan umur yang sangat ketara.

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan yang baru disahkan bercerai misalnya. Rita berusia 37 tahun manakala Aidil baru berusia 26 tahun. Michael Douglas dan bekas isteri Catherine Zeta Jones turut miliki perbezaan umur yang ketara dimana Michael berusia 68 tahun dan Catherine berusia 43 tahun.

Apakah daya tarikan pasangan lebih berusia ini sehingga ramai juga yang memilih mereka? Berdasarkan pengalaman, mereka ini lebih matang, sensitif dan prihatin dengan keperluan pasangan mereka. Tetapi ini sahaja tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan sehingga akhir hayat.

Kalau anda masih degil mahukan pasangan berusia, mari kita lihat bersama sebab utama perlu elakkan perbezaan umur ketara dengan pasangan. Carilah yang sebaya atau tidak jauh sangat perbezaan umur.

Tidak berkongsi minat/matlamat sama

Perbezaan umur paling jelas berkaitan soal minat. Anda berminat lakukan aktiviti lasak, pasangan tua pasti lebih berminat aktiviti santai kerana takut cederakan anggota tubuh beliau yang sudah berusia itu.

Sebagai anak muda, anda masih lagi mahu berhibur dengan wang yang dikumpul. Orang tua lain, wang dikumpul difikirkan untuk hari tua( padahal memang dah tua pun).

Masa tidur berbeza

Biasalah darah muda, boleh tidur 3 pagi dan masih segar esok hari. Apabila sudah berusia lanjut, pukul 9 malam dah siap nak tidur. Siapa nak teman anda berhibur kalau suami dah tidur lepas tengok berita jam 8 malam?

Orang tua moody

Semakin tua, ada sahaja perubahan mood ketara. Perubahan mood perkara biasa, perempuan pun alami perubahan mood ketika datang bulan. Tetapi perubahan mood orang tua lain sedikit, mereka jadi bengis dan sensitif. Terasa jugalah apabila mula-mula beliau romantic tetapi kini asyik nak marah-marah.
Baca Penuh 3 Sebab Elak Pasangan Yang Terlalu Tua

Sunday, 20 October 2013

3 Sebab Elak Berkahwin Dengan Lelaki Kacak

Kebanyakan wanita lebih rela disakiti jejaka kacak yang bermain kayu tiga daripada dibahagiakan seorang lelaki yang kurang kacak tetapi baik hati.

Jadi sebelum kita berpatah hati dan berduka kerana karenah si dia, mari kita lihat bersama mengapa anda tidak harus berkahwin dengan lelaki yang terlalu kacak.

Lelaki kacak terlalu pentingkan diri

Perasan tidak, setiap kali keluar bersama seorang jejaka yang tampan, sepanjang janji temu tersebut beliau akan sibuk bercakap tentang diri sendiri. Contohnya bagaimana si dia pergi ke gym setiap hari untuk angkat berat, berapa banyak gol si dia jaringkan untuk pasukan negara, dan kerjaya si dia yang tiada tokok tandingnya. Kalau semasa janji temu sahaja sudah tidak penat masuk bakul angkat sendiri, apatah lagi apabila sudah berkahwin.

Lelaki kacak mudah bermain kayu tiga

Sudah lumrah alam, lelaki kacak mudah menarik perhatian wanita. Sampai kalau dah kahwin pun, masih ada gadis yang sanggup mengorat si dia. Bukanlah nak kata semua lelaki kacak ini buaya darat, malah ada sahaja (ramai pula itu) buaya darat yang tidak kacak langsung. Jika nak jaga hubungan dengan lelaki yang sedang-sedang sahaja rupanya sudah susah, apatah lagi dengan lelaki yang kacak tahap David Beckham. Jadi tanya kepada diri sendiri, adakah berbaloi?

Lelaki kacak menarik perhatian yang tidak diinginkan

Orang akan sentiasa bercakap, untungnya awak dapat si kacak. Ataupun mereka akan sentiasa prasangka bahawa si dia tertarik kepada anda kerana bapa anda seorang menteri. Tiada yang akan percaya bahawa si dia benar-benar cintakan anda, maklumlah si dia kacak sangat sampai boleh dapat apa-apa sahaja yang dia mahukan. Jika anda seorang yang miliki keyakinan tinggi dan tidak percaya dengan kata-kata orang, baguslah. Tetapi jika anda akan mudah terasa dengan kata-kata orang, perkara sebegini akan membuatkan anda makan hati.

Secara jujurnya, tiada cara mudah untuk mengekalkan perkahwinan anda. Bukanlah semua lelaki kacak suka menduakan isteri mereka dan bukan semua lelaki tidak kacak baik macam malaikat.

Mana tahu, anda mungkin beruntung untuk menemui seorang lelaki yang kacak macam David Beckham
Baca Penuh 3 Sebab Elak Berkahwin Dengan Lelaki Kacak

Saturday, 19 October 2013

Tip jadi anak buah kesayangan bos

Hari Bos mungkin sudah lepas, namun itu tidak akan hentikan saya daripada senaraikan apa yang anda perlu lakukan untuk menangi hati majikan anda.

Pelik kan, orang yang paling tidak disukai bos sedang menulis tip untuk menangi hati bos. Usah bimbang kerana tip ini bukan daripada saya sendiri, malah daripada teman saya yang memang disayangi bos beliau.

Ikuti rentak Bos

Manusia sukakan perkara atau manusia yang sama seperti mereka. Oleh itu perempuan cantik suka berkawan dengan perempuan cantik sahaja.

Bos anda bukan seorang perempuan cantik tetapi beliau manusia. Oleh kerana penampilan pertama sangat bermakna, pastikan anda berpakaian seperti beliau. Jika bos anda gemar memakai t-shirt polo dan anda pilih untuk pakai dres, patutlah beliau benci anda. Macam bos pula kerja untuk anda! Jadi tip di sini adalah pergi beli t-shirt polo seperti beliau. Jika bos anda suka naikkan kolar t-shirt polo beliau, buat sahaja jangan komen macam Rempit. Nanti anda juga yang susah.

Nota: Apabila berpakaian seperti bos wanita, pastikan anda jangan lebih cantik daripada beliau.

Persamaan minat juga boleh buatkan orang sukakan anda. Bos anda lebih rapat dengan lelaki dalam pejabat kerana mereka kongsi minat dalam sukan. Jika anda nak menangi hati beliau, anda mungkin perlu belajar mendalami ilmu bola sepak.

Pastikan jangan sama rupa dengan bekas isteri beliau!

Hasil kerja bagus menjamin keselamatan anda daripada dipecat, namun anda perlu lakukan lebih daripada itu untuk pastikan bos anda tidak buatkan hidup anda macam neraka. Jadi buat sedikit kajian tentang hidup beliau dan pastikan anda tidak serupa mana-mana pengaruh buruk dalam hidup beliau. Pengaruh buruk di sini merujuk kepada guru Matematik Tambahan beliau yang pernah buat beliau gagal dalam peperiksaan atau si gadis cantik di sekolah beliau yang tak ingin dekat beliau. Memang kita tidak boleh kawal paras rupa kita, namun jika kita tahu mungkin kita boleh bezakan diri kita daripada pengaruh buruk tersebut.

Jangan kongsi semua perkara!

Sembang-sembang di pejabat buatkan kerja kurang bosan. Tetapi terlalu banyak berkongsi masalah hidup dengan bos anda akan buatkan bos anda mahu bunuh anda. Nasib baik hukuman membunuh di Malaysia agak berat jadi bos akan fikir dua kali sebelum bunuh anda. Namun beliau masih boleh buatkan kerja menjadi sukar untuk diri anda. Pengajaran disini, janganlah nak kongsi betapa kacak dan romantik teman lelaki Mat Salleh anda dengan bos anda.
Baca Penuh Tip jadi anak buah kesayangan bos