djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday, 1 January 2014

Demo Perhimpunan Guling Kerajaan Dataran Merdeka 2014

KUALA LUMPUR – Suasana awam hitam seolah-olah meresapi kawasan Dataran Merdeka malam ini, apabila kawasan tersebut dipenuhi oleh ribuan peserta Turun yang memakai pakaian serba hitam.

image (1)

Pakaian hitam (baju T) tersebut yang tertera perkataan Turun itu dipakai hampir majoriti peserta, menjadikan Dataran Merdeka seoalah-olah berada dalam zon ‘kegelapan’.

Laungan reformasi, hidup rakyat serta turunkan kos hidup rakyat bergema hampir di keseluruhan kawasan Dataran Merdeka setakat ini.

Sementara,Konsert ‘KL New Year Countdown 2014 djdanchef′ anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya di tamatkan jam 12 malam ini terpaksa dihentikan dek kerana ‘kejayaan’ peserta Turun  masuk ke kawasan Padang Dataran Merdeka.

Setakat ini, peserta telah ‘berjaya’ menguasai Dataran Merdeka, namu begitu suasana masih berada dalam keadaan terkawal. – Sinar Harian

Baca Penuh Demo Perhimpunan Guling Kerajaan Dataran Merdeka 2014

Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia MOE Kena Hack

Laman web MOE atau http://www.moe.gov.my/ dilaporkan telah digodam oleh Liuker dari Team EvilShow...seperti yang dilihat, main page laman web tersebut telah di deface dengan  ucapan "Happy New Year". Seperti gambar dibawah. - sumber: www.kenahack.com


p/s: Selamat Tahun Baru 2014 - djdanchef @ As Raffali Shop buat semua pembaca
Baca Penuh Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia MOE Kena Hack

Gambar Demonstrasi Perhimpunan Dataran Merdeka 2014 Terkawal

Kecekapan anggota polis yang ditugaskan mengawal sambutan Ambang 2014 dan perhimpunan haram turunkan harga barang wajar dipuji kerana berjaya mengelakkan pergaduhan dengan peserta perhimpunan.
Biarpun ribuan peserta perhimpunan merempuh halangan anggota polis dan DBKL di hadapan Menara DBKL, mereka tetap komited dengan tugas dan tidak bertindak balas terhadap peserta demo yang memulakan provokasi.
Sehingga para peserta perhimpunan berjaya naik ke atas pentas pun, pihak polis bertindak memastikan orang awam tetap selamat dan keadaan yang aman terkawal.
Mereka juga berjaya mengawal keselamatan Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Phesal Talib daripada dibaling botol mineral di atas pentas.
Kesanggupan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad turun padang juga wajar dipuji kerana bertungkus-lumus memastikan keadaan tenang dan aman terkawal.
Sehingga artikel ini ditulis pada pukul 1.08 pagi, keadaan di Dataran Merdeka masih tenang dan terkawal. – MYNEWSHUB.MY
demonstrasi dataran merdeka 2014


993541_714209305256046_1733902255_n


http://djdanchef.blogspot.com/2014/01/gambar-demonstrasi-perhimpunan-dataran.html


Polis Berjaya Tangani Peserta Demonstrasi, Keadaan Dataran Merdeka Terkawal

Baca Penuh Gambar Demonstrasi Perhimpunan Dataran Merdeka 2014 Terkawal

Demonstrasi Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka 2014

Peserta perhimpunan haram sudah pun melepasi halangan polis dan merempuh masuk ke padang Dataran Merdeka menyebabkan penonton-penonton yang sedang menyaksikan konsert Ambang Tahun Baharu panik.

Mereka sebelum itu melepasi tiga halangan polis kira-kira jam 11 malam dan kemudiannya berkumpul di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dipercayai menunggu masa untuk menyerbu masuk ke Dataran Merdeka.

Polis sudah membina benteng baru di sekeliling padang Dataran Merdeka menghadap bangunan bersejarah itu bagi mengelak kumpulan terbabit meluru masuk.

Bagaimanapun, kira-kira jam 11.30 malam, sebahagian kumpulan itu meluru ke arah padang dan bersatu dengan penonton-penonton konsert.

Wartawan bnbbc di lokasi melaporkan ada objek dibaling ke arah pentas.

Polis segera mengarahkan konsert ditamatkan dan meminta orang ramai terutama penonton konsert beredar.

Sebilangan besar penonton yang datang bersama keluarga kelihatan meninggalkan padang manakala peserta perhimpunan haram yang sudah masuk ke padang itu menjerit-jerit seolah-olah berjaya ‘menawan’ Dataran Merdeka.

Difahamkan, kumpulan terbabit merancang masuk beramai-ramai ke padang berkenaan jam 12 tengah malam.-bnbbc.my
Baca Penuh Demonstrasi Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka 2014