djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday, 21 October 2012

KELANTAN JUARA MENANG PIALA MALAYSIA 2012

Baru sahaja piala malaysia 2012 berlangsung dan kelantan juara piala malaysia 2012 . Tahniah kelantan!

Meriah Pentas akhir piala malaysia di Shah Alam cukup meriah dan riuh oleh penonton untuk menyaksikan perlawanan antara pasukan kelantan dan atm.

Kelantan mencatat sejarah dengan muncul pemenang tiga gelaran musim 2012, setelah menewaskan Angkatan Tentera 3-2 dalam perlawanan akhir untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua, di
Stadium Shah Alam, Selangor tahniah djchef ucapkan.

Juara Piala FA dan Liga Super serta Piala Malaysia 2010 itu melengkapkan koleksi tersebut dengan dua jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahayuddin manakala lawan merapatkan jurang menerusi Rezal Zambery Yahya dan Marlon Alex James.

Berikut kedudukan jaringan dan pemain gol:
ATM (2) mln Kelantan (3)

Jaringan ATM:
Rezal Zambery Yahya minit ke-48
Marlon Alex James minit ke-61

Jaringan Kelantan:
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49
Indra Putra minit ke-95

Sekali lagi tahniah djchef ucapkan kepada pasukan kelantan juara piala malaysia 2012.




Baca Penuh KELANTAN JUARA MENANG PIALA MALAYSIA 2012

Friday, 19 October 2012

RUMAH BANGLO RUNTUH SEKSYEN 7 SHAH ALAM |PEMILIK RUMAH 4JUTA

BERITA Rumah bernilai 4juta: Rumah Banglo runtuh di jalan jed, Seksyen 7 shah alam. Pemilik adalah ahli perniagaan dan buruh yang tercedera adalah warga indonesia.

Sekumpulan enam buruh Indonesia
yang sedang melakukan kerja-kerja ubah suai di sebuah banglo mewah bernilai hampir RM4 juta bernasib malang apabila salah seorang mereka maut manakala bakinya cedera parah apabila bumbung konkrit seberat 40 tan kediaman tersebut tiba-tiba runtuh.

Kejadian berlaku di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7, Shah Alam ketika kesemua buruh berkenaan sedang melakukan pengubahsuaian di bahagian dalam serta aras atas banglo dua tingkat tersebut.

Kesemua mangsa terperangkap
di bawah timbunan konkrit hampir 40 minit.

Siapa pemilik banglo itu djchef difahamkan milik seorang ahli perniagaan. Ia diubah suai untuk menambah bilik surau di tingkat atas dan membuat kolam mini di aras bawah.

Berita terkini sila klik berita malaysia 2012.


Baca Penuh RUMAH BANGLO RUNTUH SEKSYEN 7 SHAH ALAM |PEMILIK RUMAH 4JUTA

PENYOKONG KELANTAN SERBU TIKET PERCUMA PIALA MALAYSIA 2012

Peminat dan penyokong kelantan menyerbu tiket piala malaysia 2012 amat bertuah djchef rasakan untuk mereka.

Pemberian tiket percuma diberikan kepada warga Tanah Merah untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan menentang ATM Sabtu ini mendapat sambutan.

Pemberian tiket oleh UMNO Bahagian Tanah Merah yang dibuat menyebabkan premis di Perodua Noble Twin (M) Sdn. Bhd., Lot 1039, Jalan Enggang, Taman Keramat diserbu oleh penyokong Kelantan.

Lebih 2,000 tiket telah diberikan dan pemberian tiket percuma yang disediakan sebanyak 5,000 akan diteruskan sehingga hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, pihaknya sedia menambah tiket percuma jika jumlah sedia ada tidak mencukupi.

"Jika 5,000 tiket awal yang diperuntukkan ini tidak mencukupi, kami sedia untuk menambahnya," katanya.


Baca Penuh PENYOKONG KELANTAN SERBU TIKET PERCUMA PIALA MALAYSIA 2012

Thursday, 18 October 2012

LIRIK LAGU TEMAN PENGGANTI - BLACK FT MALIQUE

Lagu dan lirik lagu terbaru gandingan penyanyi black dan malique.

LIRIK LAGU TEMAN PENGGANTI - BLACK FEAT MALIQUE

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini djchef
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

[korus dj]
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

[ulang korus dj]

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti.


Baca Penuh LIRIK LAGU TEMAN PENGGANTI - BLACK FT MALIQUE