djchef LAGU TUGASAN AF9 MINGGU KE 7 (KETUJUH)| SENARAI KONSERT PELAJAR | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday 17 May 2011

LAGU TUGASAN AF9 MINGGU KE 7 (KETUJUH)| SENARAI KONSERT PELAJAR

Konsert AF9 minggu ke-6 (keenam) telah pun berakhir. Semua pelajar-pelajar menyanyikan lagu tugasan mereka dengan baik sekali. Ada yang dapat pujian dan ada yang juga masih mendapat kritikan. Persembahan paling terbaik pada konsert Akademi Fantasia 9 (AF9) pada konsert minggu ke-6 lalu ialah Hazama yang nyanyi lagu Hey Soul Sister dari Train.


Semalam pelajar-pelajar AF9 telah diberikan senarai lagu tugasan untuk konsert minggu ke-7 (ketujuh). Lagu tugasan untuk minggu ke 7 ni pun hebat-hebat n seksi juga. Pelajar lelaki nyanyi lagu-lagu jiwang yang memang masih segar di minda kita lagi. Pelajar-pelajar perempuan pula nyanyi lagu-lagu penyanyi hebat dan penyanyi yang mempunyai nama besar dalam industri nyanyian Malaysia kita.

Berikut adalah senarai lagu tugasan pelajar AF9 konsert minggu ke 7 (ketujuh) :

Senarai Lagu Tugasan Pelajar Lelaki:

1. Azri - Mahligai Syahdu (Hattan) .. Haa ni lagu hattan ni, kalau Azri tak buat yang terbaik mesti kena kritik dengan Hattan ni. Rasanya Azri boleh nyanyi lagu ni tapi Azri kena inject giler2 "feeling" dalam persembahan dia nanti. Kalau Azri dapat pujian nanti, undian dia mesti mencanak dan kalau masih dapat kritikan ada potensi Azri akan tersingkir minggu ni.



2. Erul - Antara Hujan Dan Airmata (Saleem) .. Lagu jiwang hebat-hebat pelajar dapat lagu tugasan konsert ketujuh ni. Erul boleh nyanyi lagu ni apa-apa pun lagu-lagu lagenda macam ni kena inject "feeling" kaw! kaw! punya la. Kalau tak sampai feeling kat penonton or juri mesti kena kritik kaw! kaw! juga.



3. Hazama - Segalanya Ku Terima (Ilusi) .. Best lagu ni. No komen untuk Hazama, sebab lagu ni memang makanan Hazama. Hazama boleh nyanyi lagu ni. Kalau Hazama dapat pujian oleh ketiga-ketiga juri pada konsert minggu ke-7 ni nanti, konferm Hazama akan akan dapat Imuniti dan Undian Hazama akan melonjak mengalahkan undian pelajar lain yang sedia ada dan konferm akan ke Final AF9.




Pelajar Wanita:

Senarai Lagu Tugasan Pelajar Wanita:

1. Nera - Tak Ingin Sendiri (Hetty Koes Endang) .. Wahh Nera dapat lagu balada minggu ini. Memang suara Nera sesuai dengan lagu-lagu slow, harap tak ada Nera kena berlakon dalam persembahan ni, persembahan Nera setiap minggu asyik kena berlakon dan menari yang banyak posisi, ganggu kejelasan suara Nera tu. Kalau Nera dapat pujian minggu ni, Nera mungkin takkan tersingkir minggu ni.. Kalau dapat kritikan ada potensi Nera akan tersingkir di konsert af9 minggu ke 7.



2. Lena - Cinta Sempurna (Yuna) .. Lagu yunaaaaaa!!! Ni lagu feveret djchef ni, djchef suka dengar lagu-lagu yuna, kalau Lena tak bawa dengan baik kecewa giler djchef kot. Lagu cinta sempurna ni mendalam maknanya. Lena kena inject "feeling" giler2 n bawa semua juri dan penonton ke dalam mood ala2 kesedihan atau kekecewaan dalam persembahan dia nanti. Kalau Lena masih lagi dapat kritikan minggu ni, hmm rasanya ramai yang akan start tak minat kat Lena dah dan berpindah minat ke pelajar lain.



3. Fina - Purnama Merindu (Siti Nurhaliza) .. Woww! Lagu Datuk Siti Nurhaliza tu.. Fina diberi tugasan besar ni, kalau Fina hancurkan lagu ni, perghh kecewa kot peminat-peminat Datuk Siti Nurhaliza yang berjuta-juta kat Malaysia ni. Dan kalau Fina dapat kritikan dari ketiga-tiga juri minggu ni, orang Malaysia takkan undi Fina dan ada potensi Fina akan tersingkir minggu ni. Sebab djchef tengok Fans FANATIK Fina paling sikit berbanding Fans Fanatik pelajar lain. Fans Club Fina yang official yang aktif punya pun tak da. Rasa djchef undian-undian mencanak Fina tu bergantung pada prestasi persembahan Fina, kalau persembahan dia best kena puji oleh tiga-tiga juri, orang Malaysia yang tak berapa Fanatik dengan Fina pun akan gempur afundi Fina.. kalau persembahan dia dapat kritikan at least dari 2-3 juri sekali gus, orang malaysia yang tak berapa Fanatik dengan Fina tu takkan try afundi Fina.

Lagu Bonus: Kalau Berpacaran - Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan dan Altimet. .. fuyooo lagu best ni, pakcik makcik pun suka lagu ni, kalau Sohaimi Mior datang nyanyi sekali lagi best


So, ni cuma pandangan djchef jek, fans2 pelajar-pelajar ni jangan marah pulak yer.. senarai lagu tugasan pelajar af9 konsert minggu ke -7 (ketujuh) ni agak mencabar juga dan lagu-lagu yang diberikan pun lagu yang ramai orang malaysia pernah dengar dan masih ingat. Pakcik makcik pun masih ingat lagi lagu ni.

Djchef selalu tonton AF dengan pakcik makcik djchef yang dalam 35 keatas, tapi diorang tengok kejap jek AF pastu masuk tido.. sebab apa? dia kata "dah lah lagu aku tak pernah dengar, pelajar yang nyanyi lagu tu pun tak best, baik aku masuk tidoo.. kalau lagu tu aku pernah dengar walaupun pelajar yang nyanyi tu tak best, aku masih lagi ada minat nak tunggu pelajar tu nyanyi sampai habis, sebab lagu tu ku masih ingat lirik dia" ..huhu
Facebook ERUL fans http://www.facebook.com/ErulAF9Official
JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.