djchef Oppa Jehan Miskin Sedih Berpuasa Seorang Diri | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday 21 July 2013

Oppa Jehan Miskin Sedih Berpuasa Seorang Diri

Jehan Miskin Sedih Berpuasa Seorang Diri


Pelakon yang baru menamatkan zaman bujangnya pada Mei lalu, Jehan Miskin nampaknya terpaksa menjalani ibadah puasa bersendirian dimana isterinya, warga Korea, Julie Camelia Rhee mempunyai urusan kerja di Jepun.

Walaupun berasa sedih terpaksa berpuasa dan berbuka sendirian namun pelakon ini tidak sabar mahu berpuasa bersama-sama isterinya itu sekembalinya Julie ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.

“Alhamdulilah, puasa okay. Tapi sedih sikitlah sebab saya berpuasa sorang-sorang. Isteri saya sekarang berada di Jepun atas tugasan kerja.

“Dia balik nanti saya memang tak sabar nak berpuasa bersama-sama dia. Nak suruh dia masak
dan bersahur bersama,” kata Jehan yang dipetik menerusi Malaysian Digest.

Seperkara yang menarik mengenai pasangan ini ialah mereka masih belum sempat berbulan madu berikutan terikat dengan komitmen kerja masing-masing.

Sehubungan itu, Jehan yang juga kini bergelar pengarah merancang untuk berbulan madu di Pulau Maldives sempena cuti hari Kemerdekaan nanti.

JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.