djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

Thursday, 22 August 2013

Dato Siti Nurhaliza Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 10 2013

Kuala Lumpur – Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia, AF 2013 (#AF2013) bakal membawa masuk tiga orang penghibur popular yang cukup disegani iaitu Dato’ Siti Nurhaliza (#SitiNurhaliza), Melly Goeslaw (#MellyGoeslow) dan Faizal Tahir (#FaizalTahir) untuk menerajui barisan tenaga pengajar sebagai Inspirer (#Inspirer).

Akademi Fantasia 2013 AF 10
Akademi Fantasia 2013 AF 10

Kehadiran ketiga-tiga ikon yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan ini bukan sahaja untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah untuk memberi inspirasi kepada bintang-bintang AF dalam mempersiapkan mereka sebagai bintang masa depan.

Cukup sinonim dengan pembabitan beliau dalam keluarga AF untuk musim-musim sudah, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi (#CikguShafi) turut dibawa masuk menyertai barisan tenaga pengajar untuk menggalas tanggungjawab sebagai Guru Vokal untuk AF 2013.

Di samping itu, AF 2013 juga menyaksikan tiga orang tenaga pengajar baru yang dibawa masuk ke dalam keluarga AF untuk sama-sama menjayakan musim terbaru ini. Dua orang pereka tari yang cukup berpengalaman dalam bidang tarian iaitu Alam Wakaka (#AlamWakaka) dan Suhaili (#Suhaili) telah dilantik sebagai Koreografer. Manakala pelakon popular tanahair iaitu Fizz Fairuz (#FizzFairuz) pula akan menyertai AF 2013 sebagai Guru Seni Persembahan.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, berdasarkan pengalaman luas pihak Astro menerbitkan program-program berkonsepkan realiti sebegini terutamanya AF, tidak dapat disangkal lagi bahawa soal pemilihan barisan tenaga pengajar ialah satu proses penting yang tidak boleh dipandang remeh kerana impaknya yang mendalam.

“Mereka umpama nadi dan tulang belakang utama yang bertanggungjawab untuk mendidik serta memberi khidmat bimbingan dan tunjuk ajar kepada para pelajar supaya mereka benar-benar bersedia untuk menjadi pelapis hiburan tanah air sekaligus memberikan saingan kepada penghibur sedia ada.

“Pada musim ini, AF 2013 amat berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar yang pernah mewarnai Akademi Fantasia di samping wajah-wajah baru yang akan berganding tenaga dalam memberikan impak yang paling maksima buat para pelajar untuk musim ini.

“Melihat kepada pengalaman dan pencapaian dalam bidang masing-masing, kami percaya ilmu tersebut dapat memberi manfaat dan dikongsi bersama bukan sahaja bersama para pelajar tetapi juga penonton-penonton di rumah. Persetujuan dan komitmen mereka untuk terlibat dengan keluarga AF 2013 amat dihargai dan saya pasti musim ini akan lebih meriah dengan kehadiran mereka,” ujar Khairul ringkas.

Selain Konsert Prelude AF (#KonsertPreludeAF), Diari AF (#DiariAF) dan Konsert Mingguan AF (#KonsertAF), tiga buah rangkaian program baru turut diperkenalkan bagi menghiasi sepanjang musim AF 2013 kelak iaitu Galaxy AF, AF Buzz (#AFBuzz) dan TGIAF – Terus Gempak….Inilah AF 2013 (#TGIAF).

Rangkaian program-program AF 2013 akan mula bersiaran melalui program Galaxy AF yang akan ke udara selama empat episod bermula 2 hingga 5 September 2013 jam 9.00 malam. Pada masa yang sama, AF 2013 juga turut melancarkan perkhidmatan interaktif yang mana aplikasi ini boleh dimuat turun melalui akaun Apps Store dan Play Store.
Ini diikuti dengan tayangan Konsert Prelude Top 24 pada 6 September 2013 dan Konsert Prelude Top 12 pada 7 September 2013 jam 9.00 malam yang turut bersiaran secara langsung di portal rasmi AF 2013 iaitu www.af.com.my dan www.youtube.com/astrogempak

Program AF Buzz pula boleh ditonton pada setiap hari Isnin bermula 9 September 2013 jam 9.00 malam. Dalam program ini, tiga orang panel akan membincangkan secara lebih terperinci tentang AF 2013 yang turut mengabungkan kesemua pandangan dan cerita di sebalik cerita tentang para peserta. Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan apa yang terjadi di belakang tabir sewaktu konsert mingguan.

Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di Akademi pula dapat dilihat melalui liputan harian Diari AF pada setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 9.00 malam bermula pada 10 September 2013. Sedikit berbeza dengan format musim-musim sudah, pengisian Diari AF musim ini adalah lebih fokus dan terperinci iaitu Diari AF (Pemberian Tugas) pada setiap hari Selasa, Diari AF (Cabaran) pada setiap hari Rabu dan Diari AF (Ikon) pada setiap hari Khamis.

Manakala pada setiap hari Jumaat pula para penonton boleh menyaksikan program TGIAF (Terus Gempak….Inilah AF 2013) yang akan bersiaran bermula 13 September 2013 jam 9.00 malam. TGIAF ialah sebuah program pra konsert yang akan mengetengahkan apa yang dijangka oleh barisan panel dan penonton terhadap kesemua peserta.
Konsert AF pula akan bersiaran langsung pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 14 September 2013.

AF 2013 juga masih lagi mengekalkan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI yang mana pelajar dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.

Istimewa lagi, buat pertama kali dalam sejarah penerbitan AF, para peminat kini boleh berinteraksi secara online menerusi perkhidmatan twitter, instagram dan facebook bersama bintang-bintang AF 2013.

Baca Penuh Dato Siti Nurhaliza Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 10 2013

Sunday, 30 June 2013

Dato Siti Nurhaliza Ambil Anak Angkat Dari Gaza

PENYANYI tersohor, Datuk Siti Nurhaliza mengakui berhasrat untuk mengambil anak angkat dari Gaza.

Namun, hasrat murni itu terhalang dek aturan di Gaza yang mana anak-anak tidak dibenarkan keluar dari bumi itu.

Berpeluang menemuinya di Majlis Minum Petang Amal, 'Rebuild For A Gaza Nation' anjuran Mapim dengan kerjasama Rabbani Production, semalam, penyanyi berusia 34 tahun ini berkongsi tentang perkara tersebut.

"Apa salahnya (ambil anak angkat dari Gaza), sekiranya boleh... tapi saya dimaklumkan awal-awal di mana mereka tidak membenarkan kanak-kanak keluar dari Gaza.

"Bagi mereka, jika kanak-kanak ini dibawa keluar oleh keluarga angkat, siapa lagi yang akan mempertahankan bumi mereka.

"Kalau ALLAH beri saya satu keajaiban... saya bawa balik bayi dari Gaza, memanglah saya nak jaga sangat tapi saya percaya, mereka sangat diperlukan di sana," katanya kepada pemberita.

Terdapat 18,000 kanak-kanak di Gaza yang kehilangan ibu bapa dan hanya 500 daripadanya menerima cukup biaya.

Setakat ini, seramai 200 kanak-kanak Gaza sudah mempunyai keluarga angkat dari Malaysia.

Difahamkan, keluarga angkat ini menaja kanak-kanak yatim piatu di bumi tersebut.

"Saya pernah diberitahu pihak Mapim di mana saya boleh menaja mana-mana anak-anak di bumi Gaza.

"Insya-ALLAH. Itu saya rasa, satu usaha yang boleh saya bantu. Saya harus berbincang dengan suami terlebih dahulu," katanya.

Dalam pada itu, Siti mengajak umat Islam di negara ini agar turut sama-sama membantu kanak-kanak tersebut.

"... bukan saya saja. Saya nak uar-uarkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia agar sama-sama turut membantu," katanya.

Sebelum itu, Siti sempat melahirkan sekali lagi hasratnya untuk menjejakkan kaki ke bumi Gaza jika diizinkan Tuhan.

"Keistimewaan dan keajaiban di sana, saya masih belum dapat rasai.

"Jika diizinkan suami dan ALLAH, pasti saya ingin ke bumi Gaza. Ramai rakan-rakan artis lain sudah menjejakkan kaki ke sana," katanya.

Pihak Mapim turut mengalu-alukan hasrat Siti untuk menaja anak-anak di Gaza.

"Memang pihak Mapim ada beritahu beliau bahawa mereka sangat keberatan jika anak-anak mereka dibawa keluar.

"Maka, kami sangat mengalu-alukan Datuk Siti untuk memikirkan pembiayaan untuk seorang atau dua kerana ini akan memberikan contoh kepada artis lain," kata Pengerusi Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Tambahnya, "kerana masa depan Gaza itu bergantung kepada kanak-kanak. 52 peratus populasi di Gaza adalah kanak-kanak. Jika tidak diselamatkan, Gaza tak ada masa depan."

Cerita Lain:
- Anak Angkat Gaza Dato Siti Nurhaliza
Dato Siti Nurhaliza Batal Konsert Gara Dato K
Gambar Dato Siti Nurhaliza Bertudung
Dato Siti Nurhaliza Kritik PSY Oppa Gangnam Style
Video Gwiyomi Dato Siti Nurhaliza


Baca Penuh Dato Siti Nurhaliza Ambil Anak Angkat Dari Gaza

Sunday, 12 May 2013

Dato Siti Nurhaliza Akan Lancarkan Wangian SimplySiti Di Negara Eropah


Dato Siti Nurhaliza akan lancarkan wangian perfume simply siti ke negara eropah

Penyanyi dan usahawan, Datuk Siti Nurhaliza bakal melancarkan rangkaian tiga wangian terbaharu daripada SimplySiti ke negara Timur Tengah menjelang Oktober depan.

Siti Nurhaliza cantik bertudung

Perancangan itu dibuat selepas meneliti pasaran minyak wangi di sana selain yakin produk keluaran tempatan dapat diterima masyarakat antarabangsa.

"Alhamdulillah sudah ada pengedar yang berminat untuk mengedarkan tiga rangkaian wangian terbaharu SimplySiti dan Insya Allah jika semuanya berjalan dengan baik produk berkenaan akan berada di pasaran pada Oktober depan," jelasnya kepada mStar Online.

1) Wangian SimplySiti - HIM , HERS dan MISS

Siti ditemui pada majlis pelancaran wangian terbaharu khusus buat lelaki iaitu HIM di AEON AU2 Keramat di sini pada Sabtu.

Selain HIM, SimplySiti juga turut memperkenalkan tiga lagi wangian untuk wanita iaitu HERS dan MISS.

Dalam pada itu, Siti berkata, buat permulaan syarikatnya akan memperkenalkan rangkaian wangian HERS untuk pasaran negara Timur Tengah yang dikeluarkan dalam tiga bau iaitu Elegance, Liberte dan Vogue.

Tambah Siti, selain wangian pihaknya juga akan melancarkan produk lain dibawah jenama sama di sana namun memberikan tumpuan kepada minyak wangi.

2) Juga Lancarkan Produk Ke Indonesia

Selain itu, berhasrat untuk melancarkan produk SimplySiti ke Indonesia dan telah pun melakukan kajian terhadap pengguna di negara itu.

Jelas Siti, bukan mudah untuk menembusi pasaran sesebuah negara kerana perlu mengkaji terlebih dahulu kehendak dan keperluan pengguna di sesebuah tempat sebelum memperkenalkan produk tersebut.

"Pasukan pemasaran telah pun membuat kajian di sana dan nampaknya bukan mudah untuk menembusi pasaran di Indonesia kerana banyak faktor yang perlu diambil kira terutamanya kehendak mereka terhadap sesuatu produk itu.

"Bagaimanapun sebagai usahawan kita akan berusaha untuk memenuhi permintaan hasil daripada kajian yang dilakukan dan Insya Allah jika semuanya berjalan lancar produk SimplySiti akan memasuki pasaran Indonesia," jelasnya.

3) Lagu Istimewa Untuk Peminat SimplySiti Siti Nurhaliza

Dalam perkembangan lain, Siti berkata, bagi menjalankan aktiviti promosi wangian terbaharu SimplySiti, beliau juga telah merakamkan sebuah lagu berjudul Lebih Indah.

"Klip video itu nanti akan mengisahkan mengenai seorang lelaki dan dua wanita dalam hidupnya dan selain mempromosikan produk Simplysiti ia juga lagu khas buat peminat," kata Siti Nurhaliza. - Gosip @ djdanchef


Cerita Lain:
Dato Siti Nurhaliza Batal Konsert Gara Dato K
Gambar Dato Siti Nurhaliza Bertudung
Dato Siti Nurhaliza Kritik PSY Oppa Gangnam Style
Video Gwiyomi Dato Siti Nurhaliza



Baca Penuh Dato Siti Nurhaliza Akan Lancarkan Wangian SimplySiti Di Negara Eropah

Wednesday, 8 May 2013

Video Gwiyomi Dato Siti Nurhaliza dan Umairah

Video Kiyomi Gwiyomi Dato Siti Nurhaliza | Datuk CT Umairah Video Youtube Keek


video gwiyomi dato siti nurhaliza umairah , video keek youtube gwiyomi dato siti nurhaliza umairah

Ramai artis Malaysia yang cuba tidak ketinggalan dalam fenomena gwiyomi (kiyomi) ni. Kita ada Nora danish, Wawa Zainal, Nazim Othman dan Dato Siti Nurhaliza juga tak nak ketinggalan dengan gwiyomi.

Video gwiyomi Dato Siti dengan Umairah ini mula diupload oleh adik dato ct iaitu siti saerah di keek. Memang comel djdanchef tengok dato ct dengan umairah ni.

Jom tengok dibawah ni video gwiyomi dato ct



Cerita Lain:
- Dato Siti Nurhaliza Batal Konsert Gara Dato K
- Gambar Dato Siti Nurhaliza Bertudung
- Dato Siti Nurhaliza Kritik PSY Oppa Gangnam Style
- Video Gwiyomi Dato Siti Nurhaliza

Mesti ada yang tersengih-sengeh.. :-) @djdanchef


Baca Penuh Video Gwiyomi Dato Siti Nurhaliza dan Umairah

Tuesday, 26 February 2013

Bersama Dato Siti Nurhaliza: Secretaries' Week Luncheon 2013

Secretaries' Week Luncheon Minggu Setiausaha Bersama Dato Siti Nurhaliza di  The Royale Chulan Kuala Lumpur

Untuk tempahan boleh rujuk kepada banner di bawah ini

Baca Penuh Bersama Dato Siti Nurhaliza: Secretaries' Week Luncheon 2013

Thursday, 14 February 2013

Dato Siti Nurhaliza Kritik Penaja Persembahan PSY Di Penang

Dato CT Nurhaliza kritik penaja konsert PSY Oppa Gangnam Style di Penang melalui twitter.

Gempar hari ini mengenai penyanyi NO. 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza yang dikatakan mula menyentuh mengenai isu-isu politik di twitter nya. Adakah benar?

Pihak media tertanya-tanya adakah Dato Siti sudah berminat dengan bidang politik?

“Itu perkara normal. Artis juga orang biasa. Masing-masing ada hak dan pendapat untuk bersuara."

Bahkan apabila media bertanya mengenai persembahan konsert PSY baru-baru ini. Lantas Dato Siti menjawab

“Mengenai konsert Psy baru-baru ini saya rasa artis Malaysia sebenarnya boleh buat konsert yang lebih besar berbanding Psy.

Saya cakap ini pun bagi wakil suara-suara artis Malaysia yang lain."

Tambahan lagi, Dato Siti juga menyentuh mengenai penaja-penaja yang terlibat dengan konsert tersebut.

“Sebenarnya saya tidaklah menolak penyanyi-penyanyi luar untuk datang ke Malaysia,”

“Saya bukan nak fokus pada politik, tapi bagi badan-badan yang menaja kalau boleh tajalah artis kita seperti itu juga."

Beberapa gambar tweet dari twitter Dato Siti Nurhaliza



Walau bagaimana pun, Dato Siti bersuara bukan untuk dirinya tapi bersuara buat insan seni yang lain.

DARI: DJDANCHEF

Baca Juga:
- Gambar Dato Siti Nurhaliza Bertudung
- Datuk K Suami Dato Siti Nurhaliza Patah Bahu
- Video Gwiyomi Dato Siti Nurhaliza
- Dato Siti Nurhaliza Kritik PSY Oppa Gangnam Style


Baca Penuh Dato Siti Nurhaliza Kritik Penaja Persembahan PSY Di Penang

Monday, 14 January 2013

Gambar Dato Siti Nurhaliza Bertudung Litup - Happy Birthday CT

Gambar Imej Dato Siti Nurhaliza Bertudung litup sempena sambutan hari jadi pada 11 Januari 2013.

Baru-baru ini datuk siti nurhaliza telah pun menyambut hari lahirnya yang ke 34. Apa yang menjadi tumpuan adalah dato ct mula perlahan-lahan upload gambar-gambar bertudung selepas sambutan hari jadinya ke Instagram.

Kemudian djdanchef terbaca di berita harian Siti Nurhaliza mengesahkan sendiri bahawa ini merupakan imej baru dato siti sempena sambutan hari lahir yang ke 34 dato siti pada 11 Januari 2013 yang lalu.

“Inilah imej Siti untuk usia 34 tahun dan Siti harap penampilan baru ini akan terus kekal sampai bila bila,” ujar Dato Siti Nurhaliza.

Kalaulah betul djdanchef berharap semoga perubahan ini dapat kekal dan dipertingkatkan lagi lebih sempurna.

Ramai peminat-peminat yang menunggu saat-saat macam ni.

Dan selamat hari jadi.. baru nak wish? :-D

GAMBAR DATO SITI NURHALIZA BERTUDUNG

Gambar yang dimuat naik dato ct nurhaliza di Instagram yang sangat cun - Gosip








Terbaru:
Video Gwiyomi Dato Siti Nurhaliza
Dato Siti Nurhaliza Batal Konsert Gara Dato K
Gambar Dato Siti Nurhaliza Bertudung Litup
Dato Siti Nurhaliza Kritik PSY Oppa Gangnam Style


Baca Penuh Gambar Dato Siti Nurhaliza Bertudung Litup - Happy Birthday CT