Terkini suami didie alias kena sakit misteri selepas suaminya masuk fear factor selebriti malaysia yang diadakan di Cape Town, Africa.
Menurut kata Didie Alias kepada mstar online, suaminya (norisham ismail) mengalami masalah pedih hulu hati, sesak nafas dan berpeluh sampai terpaksa ditahan di hospital beberapa kali untuk pemeriksaan lanjut selepas seminggu pulang dari cape town afrika.
Hilang Selera Makan
"Risau juga dibuatnya. Dah banyak kali suami keluar masuk wad tetapi doktor hanya mengesahkan dia mungkin mengalami penyakit gastrik yang teruk."
"Keadaan itu dikatakan berpunca daripada cara pemakanannya yang tidak sesuai sepanjang dua minggu berada di Cape Town.
"Berdasarkan apa yang doktor cakap memang ada betulnya sebab dia hilang selera makan apabila berada di sana kerana ketiadaan masakan Melayu," katanya
Bukan Berpunca Dari Gangguan Sihir
Sementara itu Didie Alias menyifatkan penyakit suaminya itu bukan berpunca daripada gangguan sihir memandangkan mereka tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.
"Nak cakap penyakit misteri, memang misteri pun, kerana penyakit gastrik seperti yang doktor sahkan itu tidak pulih seperti orang yang biasa selalu kena. Tetapi saya tak anggap dia kena buatan orang." kata didie.
Suami Didie Alias Semakin Pulih Selepas Rawatan Kampung
Bagaimanapun tambah Didie, akibat penyakit yang masih lagi belum pulih itu, suaminya telah pulang ke kampung halamannya di Kampung Nuri, Negeri Sembilan untuk menjalani rawatan perubatan secara tradidional.
"Alhamdulillah, sepanjang hampir dua minggu berada di kampung, keadaannya semakin pulih. Kami ikhtiar cara tradisional pula selepas pihak doktor turut memberi nasihat sedemikian." - Didie Alias @ Gosip
Gambar: didie alias dan suami
Mesti kes kena makan menda pelik2...ish2 perut tak tahan ler tu
ReplyDeletememang fear betul rancangan ni sampai jadi macam tu. moga dia cepat sembuh
ReplyDeleteHuhuh penangan masuk.feear factor
ReplyDeleteteruknya dia ni berpakaian
ReplyDeletesemoga penyakit tersebut akan cepat sembuh dengan keizinan allah.. amin
ReplyDelete