16 Disember - Dato K suami kepada datuk siti nurhaliza akan dibedah esok pada bahagian belakang kerana terlibat dalam kemalangan motosikal pada Khamis lalu.
Dato K masih lagi berada di New Zealand dan akan melakukan pembedahan itu di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand.
Anak ketiga Dato K, Muhammad Asyraf berkata:
"Ayah beritahu bahawa dia akan dibedah pada hari Isnin (esok), pembedahan itu mungkin melibatkan bahagian belakang badannya.
"Ayah minta kami supaya tidak terlalu risau keadaannya, malah cadangkan agar kami adik-adik tidak perlu ke New Zealand. Bagaimanapun, saya maklumkan bahawa tiket penerbangan sudah dibeli dan kami akan ke sana pada pukul 2 petang hari ini (semalam)," katanya
Dato K Kemalangan - Motorsikal Harley Davidson Terbabas
Beliau mengalami kemalangan setelah motosikal Harley Davidson yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pagar di tepi jalan dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari Khamis waktu Malaysia.
Datuk Siti Nurhaliza Selamat Tiba Di New Zealand
Muhammad Asyraf memberitahu, dia dan adik-beradiknya Muhammad Adib dan Muhammad Aazief dijangka tiba di negara tersebut malam ini dan berharap dapat bertemu dengan bapa mereka sebelum pembedahan dilakukan.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza, 33, pula selamat tiba di hospital itu kira kira pukul 10 pagi waktu Malaysia semalam (pukul 2 petang waktu New Zealand). - Gosip bersama djdanchef
BACA SETERUSNYA
- Dato K Kemalangan - Dato Siti Nurhaliza Terus Batal Konsert
hai bro,
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh Dato K.
macam2 pulak dah eh ..haduih ... moga cpt smbuh
ReplyDeletesesekali Allah beri dugaan,,,,,terimalah dengan redha,,,dan belajar bersabar,,,,,,,,,semuga cepat sembuh,,
ReplyDeletesesekali Allah beri sedikit kesusahan,,,bersabar lah dengan segala penderitaan,,,semuga cepat sembuh,,
ReplyDeletesmoga semuanya selamat n berjalan lancar..
ReplyDelete