djchef Bas Rapid Kuantan Tawar Tambang Percuma Selama Sebulan | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday, 1 December 2012

Bas Rapid Kuantan Tawar Tambang Percuma Selama Sebulan

Terkini 1 Disember 2012 - najib mengumumkan bas rapid kuantan tawar tambang percuma selama sebulan bermula isnin ini.

Perkhidmatan yang melibatkan 32 buah bas itu akan memberi manfaat kepada 500,000 penduduk di Kuantan.

Penubuhan RapidKuantan diumumkan oleh Najib dalam Bajet 2013 pada September lalu.

3 LALUAN BAS RAPID KUANTAN - FASA PERTAMA

Bagi fasa pertama, RapidKuantan akan menyediakan perkhidmatan di tiga laluan iaitu antara Terminal Makmur dan Gambang; Indera Mahkota dan Teluk Chempedak serta Kompleks Mahkamah dan Politeknik Sultan Ahmad Shah di Semambu.

TAMBANG RAPID KUANTAN DICAJ JANUARI DEPAN

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tambang bas itu ditetapkan RM2 bagi perjalanan bawah 20 kilometer dan RM4 bagi perjalanan melebihi 20 kilometer bermula 1 Januari depan. - BERITA @ djdanchef


JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.