djchef Dayah Hilang Ikut Mat Rempit | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday 8 December 2012

Dayah Hilang Ikut Mat Rempit

Terkini mengenai dayah seorang gadis hilang ikut mat rempit melalui facebook.

Sepasang suami isteri kini dalam kesedihan apabila anak gadis mereka lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak seminggu lalu.

Roslan Ahmad Hadzrawi, 39, dari Wangsa Maju di sini mendakwa anaknya Nur Hidayah hilang sejak 1 Dis lalu dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Mat, 19, selepas keluar makan bersama lelaki itu di sebuah pusat membeli belah di Wangsa Maju.

PUJUK BERI WANG DI FACEBOOK

“Saya mendapat tahu Dayah sering memberi wang kepada Mat selepas membaca mesej berbaur pujukan oleh Mat kepada Dayah di dalam akaun Facebook Dayah,” kata Roslan.

Roslan berkata beliau yakin Dayah bukan melarikan diri kerana dokumen peribadinya termasuk kad pengenalan dan kad Mesin Pengeluar Wang Automatik (ATM tidak dibawa dan anaknya itu hanya membawa wang poket RM100.

YAKIN SMS BUKAN DARI DAYAH

“Pada hari Dayah dilarikan, anak sulung saya ada menerima satu sistem pesanan ringkas (SMS) dari Dayah kira-kira pukul 5 petang yang berbunyi

‘Rol aku kat rumah ibu sakit. Aku ok.nanti apa-apa aku call’.

“Saya percaya SMS tersebut bukan ditulis oleh Dayah tetapi lelaki itu kerana Dayah tidak pernah memanggil abangnya dengan nama Rol,” - Roslan.

Roslan telah membuat laporan polis.di Balai Polis Wangsa Maju Isnin lepas. - djdanchef

Gambar: laman Facebook milik Khairul (Mat) yang dipercayai melarikan Dayah baru-baru ini. - Kosmo


JOM SHARE ARTIKEL INI:

3 comments:

  1. salam, bila baca cerita begini, seriously rasa benar benar takut sebab saya ada atiga anak perempuan ..semoga saya dapt mendidik mereka dengna sebaiknya

    ReplyDelete
  2. hurmm tulah dia budak2 zaman skrg !

    ReplyDelete
  3. hamboi ..bawak lari sekali ..jadah budak ni

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.