djchef Gaji Pokok Malaysia RM900 Sebulan Mulai Tahun 2013 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday, 18 December 2012

Gaji Pokok Malaysia RM900 Sebulan Mulai Tahun 2013

Terkini: gaji minimum / basic RM900 sebulan mulai tahun depan (2013) untuk pekerja-pekerja Malaysia.

Syarikat-syarikat multinasional (MNC) sudah bersedia untuk melaksanakan pembayaran gaji minimum sebanyak AS$300 (RM900) sebulan kepada pekerja-pekerja Malaysia mulai awal tahun depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, meskipun ada rungutan pada awalnya namun mereka akur dengan keputusan kerajaan.

RM900 Sebulan Tidak Membabitkan Pekerja Asing

Lagipun, keputusan itu tidak membabitkan para pekerja asing di negara ini, menurut Datuk Seri Mustapa.

"Kami sudah menjelaskan perkara ini secara terperinci bahawa Malaysia bukan lagi sebuah negara berorientasikan buruh, sebaliknya menawarkan kemahiran dan pengetahuan tinggi kepada pelabur asing," katanya.

Serius Memperbaiki Kehidupan Rakyat dan Menjadi Malaysia Negara Mahu

Menurut kajian di lima sektor utama negara ini, gaji pokok purata pekerja adalah RM626.76 sebulan, manakala, gaji kasar purata termasuk elaun-elaun tetap adalah RM762.20 sebulan.

"Keputusan gaji minimum ini menunjukkan kerajaan serius untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan menjadi negara maju," jelas beliau.

Gaji Pokok RM900 dan Elaun Lain Diasingkan.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdul Halim Mansor berkata, pihaknya berharap MNC dan majikan swasta dapat memahami kriteria pemberian gaji minimum RM 900 kepada kakitangan masing-masing.

Segala bentuk elaun mahu pun imbuhan-imbuhan lain perlu diasingkan daripada gaji pokok kakitangan.

"Gaji pokok RM900 ini dijangka memberi impak yang baik dalam konteks yang lebih besar termasuk menjana pertumbuhan ekonomi negara," katanya. - Berita di djdanchef


JOM SHARE ARTIKEL INI:

5 comments:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.