Tips Blog Pilihan Terbaik Pembaca Setia
Di bawah ini djdanchef senaraikan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk meningkatkan pembaca dan secara tidak langsung dapat membuat mereka menjadi pembaca setia.
1. Tajuk topik yang berkaitan
Pembaca mempunyai pelbagai selera dan mereka sangat memerlukan maklumat yang mereka inginkan dan kalau boleh hendak maklumat yang lebih selain apa yang mereka cari. Tambahkan topik-topik yang berkaitan didalam artikel tersebut dan pasti pembaca akan lama berada di blog kita.
2. Promot Blog Ke Media Pilihan Lain
Maksud promot blog ke media lain ialah kita perlu ada facebook dan twitter, sekiranya kita tidak mempunyai facebook atau twitter ini bermakna kebanyakkan pembaca kita daripada blogger sahaja. Pembaca yang tidak ada blog tidak dapat mengikut perkembangan artikel terbaru yang kita terbitkan.
3. Berhubung dengan pembaca setia
Selepas kita dah tahu siapa yang selalu datang ke blog kita jangan buat tak tahu saja, cuba berhubung dengan mereka. Selain itu, dapat juga mengeratkan hubungan di alam maya dan juga di luar. Dan yang paling seronok sekali apabila kita selalu berhubung dengan mereka, mereka pasti akan promosi blog kita di blog mereka.
4. Sentiasa Terbitkan Entri.
Selalu terbit entri anda setiap hari, bila pembaca sudah mula suka blog kita, bangun pagi-pagi saja mengadap laptop pasti mereka akan teringat hendak ke blog kita untuk membaca cerita-cerita terbaru. Lama-kelamaan jadi tabiat.
Itu sajalah secara ringkas yang dapat djdanchef kongsikan, djdanchef pun bukan pandai sangat baru saja hendak merangkak.
Baca seterusnya:
nice entry...
ReplyDeleteInfo yang baik untuk dikongsi.
ReplyDelete