djchef Safiq Rahim Janji Buat Terbaik - Piala Suzuki AFF Cup 2012 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday, 9 December 2012

Safiq Rahim Janji Buat Terbaik - Piala Suzuki AFF Cup 2012

Kehangatan piala suzuki aff cup 2012 makin terasa dan Safiq Rahim berjanji untuk melakukan yang terbaik pada malam piala suzuki aff 2012 ini.

Walaupun bakal kehilangan beberapa tonggak utama dalam saingan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang Thailand Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim  tidak memandang situasi itu satu perkara yang negatif.

Sebaliknya, beliau yakin dengan kemampuan semua pemain yang ada dan percaya kebolehan dalam diri masing-masing.

5 Pemain Hebat Alami Kecederaan Serius

Lima tonggak utama skuad kebangsaan yang mengalami kecederaan serius. Antaranya Mohd Shakir Shaari (kecederaan pangkal paha), Mohd Safee Sali (kecederaan hamstring), Wan Zack Haikal Wan Nor (koyakan teruk pada tisu otot kaki), S.Kunalan dan Mohd Khyril Muhymeen.

Kunalan dan Khyril Sudah Pulih

Bagaimanapun pasukan negara sedikit ceria apabila kelmarin, Rajagobal mengumumkan bahawa Kunalan dan Khyril telah kembali menjalani latihan bersama-sama pemain lain dan boleh diturunkan untuk piala suzuki aff 2012 malam ini. -djdanchef

Harapan Safiq Rahim Untuk Piala Suzuki AFF Cup 2012

"Harapan saya semua pemain yang diturunkan nanti boleh menunjukkan aksi terbaik dan saya juga berharap para penyokong akan memenuhi stadium untuk memberi semangat kepada pemain," katanya.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

4 comments:

  1. key player malaysia stakat ni, wan zack cedera serius??
    harap yg lain dpt cover kekosongan.

    ReplyDelete
  2. semoga malaysia menang malam ni.. harimau malaya boleh!

    ReplyDelete
  3. Nampaknya Malaysia kena berusaha lebih dekat Thailand nanti kalau nak layak ke Final. Satu tugas berat untuk Malaysia.

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.