Penunggang Motorsikal Malaysian Bikers desak mazidul akmal majalah 3 meminta maaf .
Sekiranya anda perasan minggu-minggu yang lepas keluar isu dimana para bikers meluahkan rasa tidak puas hati dimana suatu segmen di Majalah 3 yang menggunakan dua rakan sahabat superbikes mereka untuk melakonkan aktiviti merbahaya tersebut dan pihak majalah tv3 tidak meletakkan tanda 'ini hanyalah lakonan semata'. Yang paling mengecewakan apabila mazidul akmal melabelkan mereka sebagai Pelesit Jalanan.
Terbaru djdanchef terbaca di Malaysiakini mengenai berita terbaru tentang isu ini.
Dimana seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa
tinggi berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.
Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.
Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3".
Beri Tempoh 2 Minggu Untuk Majalah 3 dan Mazidul Akmal Memohon Maaf
Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.
Kumpulan itu turut memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf.
"Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'.
"Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul," kata Shahid.
Pelesit Jalanan = Bersekongkol Dengan Syaitan dan Iblis
Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan".
"Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi. - Berita di Djdanchef
kuat pengaruh m3...kan dah kena banned group ni ..haish...m3 pun satu hal..marah betul aku
ReplyDeletekan dh kne..tu la x letk "hanya lakonan"..
ReplyDeletekerana mulut badan binaaaa naaa naaa saaaa !!
ReplyDeleteTv3 dan M3 pun patut bertanggung jawab. Tak kan la wartawan je kot.. Editor/Penerbit buat ape..huhuhu
ReplyDeleteTak de rasanye bikers cakap.
Kami sayang TV3..