djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Tragedi MH17. Show all posts
Showing posts with label Tragedi MH17. Show all posts

Saturday, 19 July 2014

Tragedi MH17: Senarai Nama Krew Pesawat MH17

Tragedi MH17 Insiden Nahas Pesawat Malaysia Airlines Mas Kapal Terbang Isu Berita Terkini Senarai nama mangsa kabin krew pramugara pramugari

MENERUSI beberapa portal tempatan, satu senarai tidak rasmi nama 15 orang krew pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia semalam telah mula disiarkan.
Mereka terdiri daripada:
Juruterbang: Wan Amran Bin Wan Hussin, 50
Juruterbang: Eugene Choo Jin Leong, 45
Pembantu Juruterbang: Ahmad Hakimi Bin Hanapi, 29
Pembantu Juruterbang: Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim, 27
Mohd Ghafar Bin Abu Bakar, 54
Dora Shamila Binti Kassim, 47
Azrina Binti Yakob, 41
Lee Hui Pin, 42
Mastura Binti Mustafa, 40
Chong Yee Pheng, 40
Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood, 44
Sanjid Singh Sandhu, 41
Hamfazlin Sham Binti Mohamed Arifin, 42
Nur Shazana Binti Mohamed Salleh, 31
Angeline Premila Rajandaran, 30
Sebelum ini, MAS telah menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu Belanda 154; Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi); Australia, 27; Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi), United Kingdom, sembilan; Jerman, empat; Belgium, empat; Filipina, tiga; Kanada, satu; dan yang tidak disahkan 41.
Biarpun belum ada pengesahan rasmi, ramai pihak percaya pesawat MH17 terhempas akibat ditembak dengan dengan sistem peluru berpandu BUK. – Mynewshub.my
sumber diambil daripada: mynewshub.my
Baca Penuh Tragedi MH17: Senarai Nama Krew Pesawat MH17

Friday, 18 July 2014

Tragedi MH17: MAS Betulkan Jumlah Penumpang ke 298 Orang

Tragedi MH17 Insiden Pesawat Malaysia Airlines Mas Kapal Terbang Isu Berita Terkini

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal  – berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Sesetengah warganegara penumpang masih belum dikenal pasti, kata MAS.
Syarikat penerbangan itu menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu Belanda 154; Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi); Australia, 27; Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi), United Kingdom, sembilan; Jerman, empat; Belgium, empat; Filipina, tiga; Kanada, satu; dan yang tidak disahkan 41.
Menurut Malaysia Airlines, syarikat itu sedang dalam proses memaklumkan waris terdekat penumpang dan anak kapal.
“Fokus kami sekarang adalah bekerjasama dengan pasukan bantuan kecemasan dan pihak berkuasa dan menggerakkan sepenuh sokongannya bagi menyediakan bantuan penjagaan sebaik mungkin kepada waris terdekat,” kata kenyataan itu.
MAS mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Malaysia Airlines juga menggerakkan “Go Team” ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan membantu anggota keluarga penumpang.
“Doa dan harapan kami bersama dengan penumpang dan anak kapal yang terlibat dan anggota keluarga mereka,” kata syarikat penerbangan itu.
Syarikat itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.


Anggota keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi talian +603 7884 1234 (Malaysia) atau +31703487770 (Netherlands). – BERNAMA
Baca Penuh Tragedi MH17: MAS Betulkan Jumlah Penumpang ke 298 Orang

Tragedi MH17: Gambar Nahas MH17 Yang Menyayat Hati

Tragedi MH17 Insiden Pesawat Malaysia Airlines Mas Kapal Terbang Isu Berita Terkini

Gambar Yang Menyayat Hati Dipercayai Milik Pesawat MH17



GAMBAR-GAMBAR TERKINI  NAHAS MH17 | Pesawat Boeing 777 itu membawa 295 penumpang termasuk 15 anak kapal dan 17 kanak-kanak. Pesawat telah dilaporkan terhempas di Ukraine dalam wilayah Snizhne.

GAMBAR-GAMBAR TERKINI  NAHAS MH17 #prayformh17

Berikut beberapa keping gambar nahas MH17. Cuba anda bayangkan apakah nasib penumpang di dalam pesawat ini. 

Menurut satu sumber, pesawat tersebut telah ditembak menggunakan "The Buk Missile" yang mana pelancar tersebut pernah dilaporkan dilihat oleh Associated Press di sebuah wilayah bernama Snizhne. Pesawat tersebut ditembak dengan cara "surface-to-air" menggunakan Buk Missile di altitud 10,000 di udara dan telah jatuh di kampung Hrabove, utara dari Torez, Ukraine.

Wilayah tersebut telah dilaporkan terjadinya beberapa perang di sana pada beberapa hari terakhir ini antara askar Russia dan pejuang pemisah Ukraine.

Semalam, sebuah pesawat milik Ukraine telah ditembak daripada "air-to-air" missile oleh sebuah pesawat Sukhoi milik Russia.

Ketegangan di sempadan Russia dan Ukraine semakin meruncing.

Sumber ini telah disahkan secara rasmi, dan lebih banyak informasi akan cuba kami bawakan kepada anda dari masa ke semasa....

Berita lengkap baca disini: MH17 terhempas ditembak di Ukraine

Lagi gambar....





























sumber diambil daripada dramaraja.blogspot.com

Baca Penuh Tragedi MH17: Gambar Nahas MH17 Yang Menyayat Hati

Tragedi MH17: Gambar Pesawat MH17 Dipercayai Ditembak

Tragedi MH17 Insiden Pesawat Malaysia Airlines Mas Kapal Terbang Isu Berita Terkini


Berikut adalah gambar-gambar MH17 yang terhempas dipercayai ditembak. Gambar-gambar ini menunjukkan MH17 musnah teruk sekaligus boleh memberi gambaran terhadap nasib dan apa yang berlaku kepada mangsa-mangsa. ─ SiakapKeli.com

Bagaiamanapun tidak semua gambar-gambar ini dapat disahkan sumbernya.












sumber diambil daripada: siakapkeli.com

Baca Penuh Tragedi MH17: Gambar Pesawat MH17 Dipercayai Ditembak