djchef Gambar Majlis Perkahwinan Beego Dan Linda Hashim| Foto Pernikahan | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday 8 June 2013

Gambar Majlis Perkahwinan Beego Dan Linda Hashim| Foto Pernikahan

Gambar Majlis Pernikahan Perkahwinan Beego Dan Linda Hashim Foto Kahwin Nikah


Pelakon dan penyanyi, Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego, 33, sah bergelar suami kepada Norhazlinda Hashim,29, hanya dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju, Jumaat malam.

Beego dan Norhazlinda atau Linda, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizam Wahab disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Hashim Yusof pada kira-kira pukul 9.25 malam.

Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan, sebentuk cincin dan wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan.

Sementara itu pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran terdiri daripada seutas jam tangan, sepasang baju polo, sepasang kasut, cermin mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan, set penjagaan diri dan sirih junjung.

Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM35,000 sebagai wang hantaran.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Beego menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar saya rasakan ia seumpama ‘perkahwinan pertama’ kerana semasa perkahwinan pertama saya dulu saya tidak rasa seperti ini.

“Insya-Allah saya akan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik,” kata Beego.

Sementara Linda menzahirkan rasa bersyukur kerana perancangan yang diaturkan berjalan dengan lancar.

“Saya sangat bersyukur dan berjanji akan mempertahankan perkahwinan ini sehingga ke akhir hayat,” ujarnya.

Pasangan ini akan berbulan madu di Bali, Indonesia pada 19 Jun ini dan Taiwan pada 1 Julai depan.

Mereka mula menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.

Beego sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007 dan bercerai pada 16 Mac 2009.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dekat sini pada Sabtu malam. - Gosip @djdanchef

Tahniah buat beego djdanchef ucapkan :-)

JOM SHARE ARTIKEL INI:

3 comments:

  1. tahniah pada mereka..

    ReplyDelete
  2. linda hashim.- suka sangat lakonan dia.. dia antara artis wanita kegemaran aku haha =p

    ReplyDelete
  3. It's an awesome paragraph for all the internet people; they will take benefit from it I am sure.

    Also visit my site :: home cellulite treatment

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.