djchef Cara Mengatasi Sakit Lutut | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday, 19 May 2013

Cara Mengatasi Sakit Lutut

Cara Mengatasi Sakit Lutut Kiri Kanan | Petua Punca Lemah Sendi Lutut Berbunyi | Masalah Tumit Shaklee Di Usia Muda Tua

Bila usia meningkat kita akan sering hadapi masalah lemah lutut ini. Walaupun djdanchef ini masih muda. eh muda ker? masih juga kadang-kadang sakit lutut. Sakit sendi lutut ini berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus bukan haus kerana dahaga tapi haus yang semakin nipis.

sakit lutut
sakit lutut

Apabila permukaan sendi haus, kadang-kadang boleh membawa sendi menjadi bengkak dan kebas. Kita sebagai manusia selalu menggunakan lutut setiap hari. Antara aktiviti yang melibatkan penggunaan lutut adalah:
1. Berjalan.
2. Duduk.
3. Berlari.

1) Sakit Lutut Juga Sering Serang Remaja Di Usia Muda

Penyakit sendi lutut ini bukan berlaku kepada golongan orang tua saja golongan orang muda pun sering kena masalah lutut ini.

Sekiranya seseorang itu sangat aktif bersukan, dia mungkin mengalami sakit lutut pada usia muda. Manakala bagi wanita bekerja atau suri rumah, sakit lutut biasanya menyerang ketika mereka berusia 40-an.

Tapi apa pun serangan sakit lutut ini berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis aktiviti harian, usia, pemakanan atau gaya hidup seseorang.

2) Wanita Lebih Sering Sakit Lutut Berbanding Lelaki

Tahukah anda, golongan wanita lagi senang diserang masalah sakit lutut ini berbanding kaum lelaki. Kenapa dan apakah punca nya?

Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam. Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak.
sakit lutut, cara mengatasi sakit lutut, petua cara msalah sakit lutut

3) Punca dan Sebab Sakit Lutut

Berikut adalah 5 golongan yang berisiko tinggi menghadapi osteoarthritis (sakit sendi):

1. Pemain bola sepak atau aktiviti sukan yang melibatkan penggunaan lutut yang banyak contohnya ragbi dan lain-lain.
2. Individu yang mengalami obesiti.
3. Individu yang mempunyai lemah otot peha sejak dari kecil.
4. Individu yang sudah berusia.
5. Individu yang sering mengangkat barang-barang yang sangat berat.
6. Suri rumah yang selalu mencangkuk dan membongkok apabila membuat kerja dan ini akan memberikan tekanan berlebihan pada bahagian lutut.

4) Cara Merawat atau Mengatasi Masalah Sakit Lutut

1. Berurut/Mengurut
2. Elakkan kerap membongkok dan mencangkung
3. Elak kerap mengangkat barang-barangan berat.
3. Dan yang paling penting teruslah berjumpa dengan doktor. Jangan tangguh lama kelaman lutut anda akan bengkak kalau tak berjumpa dengan doktor.

Petua Lain:
Cara Petua Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka dan Hidung
Petua Atasi Bayi Kembung Perut
- Petua Cara Menghilangkan Sakit Gigi

Cara Mengatasi Masalah Sakit Lutut - Blog Kesihatan @djdanchef


JOM SHARE ARTIKEL INI:

6 comments:

  1. singgah dan follow blog ni...
    follow me back okay!
    thanks...
    http://aan-shared.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih ..nice sharing...

    ReplyDelete
  3. Thanks a lots

    ReplyDelete
  4. aku selalu sakit bahagian betis kaki dgn pergelangan kaki... bila time solat ,mesti sendi2 berbunyi... time berjemaah solat terawih baru2 ni.. sendi aku berbunyi kuat time nk sujud smpai ade pakcik tegur.. kaki pulak selalu cramp bila duduk lama2.. start jd cmni bila masuk u.. smpai skrg xtw ape punca...

    ape ek masalah aku ni? umur baru 23 tahun... dulu time sekolah mmg aktif bsukan, kalau kat kampung pulak mmg selalu wat kerja berat2 bcoz family usahakan tanaman sawit..

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.