Dato sarimah ahmad kongsi tips kecantikan dan kesihatan yang diamalkannya selama ini.
Dato Sarimah bersyukur dengan rahmat kesihatan yang diberikan kepadanya, malah mampu melakukan rutin harian seawal jam 4 pagi untuk bersolat dan melakukan senaman.
TIPS KESIHATAN DAN KECANTIKAN TERBAIK DATO SARIMAH AHMAD
Ulam-ulaman dan air zam-zam sudah menjadi pilihan terbaik bagi primadona filem Melayu, Datuk Sarimah Ahmad untuk kekal sihat dan bertenaga walaupun usia mencecah 70 tahun.
Selain itu, ambilan madu dan sedikit garam, air zam-zam dan salad sudah cukup pada waktu sarapan pagi.
Penjagaan dalaman juga amat penting termasuk dari aspek pengambilan makanan dan vitamin C serta multivitamin bagi mengekalkan kesihatan tubuh.
KEPERITAN MELAWAN BARAH MEMBERI KEKUATAN KEPADANYA
Keperitan hidupnya melawan barah empat tahun lalu sehingga doktor memberitahu hanya mampu bertahan tiga bulan saja, memberi kekuatan kepadanya untuk kembali sihat seperti usia muda.
“Berkat doa dan sokongan anak, saya gagahkan diri menunaikan umrah dalam keadaan sakit. Selepas pulang, kesihatan saya semakin pulih kerana sering mengamalkan minum air zam-zam,” katanya.
Dato Sarimah Ahmad sudah mempunyai 32 orang cucu dan empat cicit. Ibu tunggal kepada enam anak ini mahu terus sihat untuk melihat cucu, cicit dan piut membesar di depan mata.
hebat sungguh penangan air zam2,, subhaanalllah,,,
ReplyDeletedato sarimah dulu dan sekarang tidak jauh bezanya..masih kelihatan cantik
ReplyDeletemasih kekal cntk..awet muda..
ReplyDeleteBeberapa tahun lah lalu saya terserempah dengan Dato di Shaklee HQ, masa tu di Glenmarie.
ReplyDeletePatut lah masih awet muda , dia adalah sonsumer produk Shaklee.