djchef Penyanyi Era 60-an J. Kamisah The Wisma Meninggal Dunia | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday 21 November 2012

Penyanyi Era 60-an J. Kamisah The Wisma Meninggal Dunia

Terkini dari berita: Penyanyi era 60 an, J. Kamisah meninggal dunia pada awal pagi Rabu kerana komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung.

Menurut anak angkatnya Rahimah Rahim, 41, Allahyarham yang juga bekas anggota kugiran The Wisma, menghembuskan nafas terakhir pada kira- kira pukul 1.20 pagi di kediaman keluarganya di Bukit Panjang, Singapura.

Jenazah Allahyarham Dikebumikan Di Singapura

Allahyarham meninggalkan suami, Mohd Kadar Sultan dan tiga anak yang berusia di antara 36 hingga 43 tahun.

Jenazah allahyarham dikebumikan di Pusara Aman Tanah Perkuburan Islam, Choa Chu Kang, Singapura sebelum solat Zuhur, Rabu.

Antara Rakan Artis Yang Turut Hadir

Antara rakan artis seangkatan yang hadir memberikan penghormatan terakhir adalah Fatimah M. Amin, Sanisah Huri dan pelakon Maria Menado.

Beliau pernah popular dengan lagu lagu antaranya Jelingan Manja, Irama Desa Seberang, Bingkisan Hati Setia, Salam Terakhir, Rayuan Ku dan Jangan Chemburu .

djdanchef: Al- Fatihah..

LIHAT JUGA:
- SUPERMODEL SHIDA YAACOB MENINGGAL DUNIA
- TENGKU PUTRI AISHAH ADINDA SULTAN SELANGOR MANGKAT



JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.