djchef ANAK KEMBAR HILANG DALAM KANDUNGAN | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Friday, 16 November 2012

ANAK KEMBAR HILANG DALAM KANDUNGAN

Djdanchef baru terbaca di akhbar harini mengenai seorang bakal ibu yang mengandung tetiba hilang anak dalam kandungannya.

Menurut dalam akhbar itu kejadian ini berlaku di Pokok Sena, kedah.

Impian suami yang bakal menimang cahaya mata sulung musnah apabila anak kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.

Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi.

MIMPI 5 WANITA BERJUBAH

Kata nurliana, " Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya.sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.

“Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis. Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.

“Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis,”

REKOD PEMERIKSAAN BULANAN HILANG

Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.

"Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut juga telah hilang,” kata norliana.

** TERBARU: NORLIANA NAFI REKA CERITA BAYI HILANG SECARA MISTERI KETIKA MENGANDUNG

Gambar: Che Som (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang dibeli oleh norliana.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

7 comments:

  1. assalamualaikum ....mungkin ada yang tak percaya tapi ada juga yg percayakan...:)

    ReplyDelete
  2. aduhh kalau betul ..sayu je tgk wajah wanita malang tuu

    ReplyDelete
  3. mula2 tak percaya tapi member sendiri pernah kena.

    ReplyDelete
  4. mybe bkan rezeki,tp xslah kalo cube alterntif len t0k ksan baby tu..mmber aku slah s0wg yg pnah ilang dr dlam pw0t mak die,tp bile brubat kg byk kali,alhmdllah die dpt dslamatkan dr twos d'ambil oleh 'mkhluk' tu..tp yg mnjadi mslah,die n fmly slalu d'ggu oleh mkhluk 2 shinga ke besar..

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.