Seorang ibu terkejut melihat ulat yang sedang relaks pozing di dalam paket nasi impit segera. Djdanchef difahamkan kejadian ini berlaku di Seri Kembangan dan kejadian yang berlaku dah lama sebenarnya.
Ibu kepada empat anak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mia berkata, pada 25 Oktober lalu dia ke pasar raya di Seri Kembangan itu untuk membeli bahan masakan bagi sambutan Hari Raya Aidildha. Dia mencapai dua peket nasi himpit segera di rak yang masing-masing berharga RM6.29.
Mia berkata, sebaik membuka bungkusan besar yang mengandungi 35 peket kecil nasi himpit segera untuk direbus pada keesokan harinya, dia terkejut apabila melihat banyak kepompong.
Apabila diteliti, mia lihat hampir setiap bungkusan ada kepompong dan ulat, di plastik peket besar pula ada satu lubang kecil yang berkemungkinan menjadi ‘laluan’ ulat itu dapat tembus ke dalam peket kecil.
Kesal dengan perkara itu, pagi raya itu juga mia ke pasaraya bagi memaklumkan apa yang berlaku dan pekerja pasar raya mengosongkan rak di mana peket nasi himpit itu dipamerkan.
ULAT BERPOZING KEMBALI
Mia kembali ke pasar raya itu sekali lagi pada 27 Oktober terkejut apabila melihat ada beberapa peket nasi himpit jenama sama yang dibeli pada mulanya itu diletakkan kembali di rak. Dia membeli sepeket lagi jenama itu untuk melihat sama ada produk terbabit sudah ditukar kepada yang lain atau sebaliknya.
Mia terkejut apabila mendapati peket kecil itu juga mengandungi ulat sama seperti dua peket yang dibeli sebelum ini.
ADUAN ADALAH PILIHAN TERBAIK
Akhirnya mia telah membuat pilihan terbaik dengan mengadu mengenai perkara tersebut kepada Jabatan Kesihatan Daerah, namun tiada tindakan diambil.
Justeru menurutnya, dia meminta pihak berkenaan memantau perkara itu kerana bimbang kesihatan pengguna lain yang membeli barang sama selepas ini.
ada lipas ke?
ReplyDeleteUlat tersesat ler tu dalam peket beras. Salah kan distributor tak jaga kebersihan..
ReplyDeleteBlog Qashmere
Style Me Gorgeous By Qashmere For Plus Size Fashion
jgn beli haha..
ReplyDeleteyeww sgt
ReplyDeletesib baik dia nampak ulat tu..kalau terus rebus..adeh
ReplyDeleteQC kilang perlu diperbaiki kalau tidak pelanggan akan hilang kepercayaan.
ReplyDeletekes berat ni kalau sampai tahap dah ada ulat
ReplyDelete