Alhamdulillah hari ini djdanchef dapat berita datuk aziz satar akan rujuk kembali bekas isterinya.
Selepas sembilan bulan bercerai, seniman veteran dan pelawak tidak asing lagi, Datuk Aziz Satar mengesahkan beliau akan rujuk kembali dengan bekas isterinya, Hashimah Delan.
MEMPEROLEH KEMBALI PERSEFAHAMAN
Datuk Aziz Satar dan bekas isteri bersetuju berbuat demikian setelah masing-masing memperoleh kembali persefahaman.
“Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.
“Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi,” katanya.
semoga berbahagia selalu hendaknya..aminnn
ReplyDelete