Sekiranya ada yang membaca akhbar hari ini pasti terjumpa berita seorang kanak berusia 3 tahun yang putus tangan dikisar mesin santan.
Menurut akhbar yang djdanchef baca kejadian ini berlaku di Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan.
IBU MANGSA TERLUPA TUTUP SUIS
Ketika kejadian, terdapat beberapa pekerja lain dan pelanggan yang sedang menunggu giliran untuk membeli santan.
Ibu mangsa berada di belakang kedai untuk mencuci beberapa peralatan dan pada masa sama meninggalkan anaknya di dalam premis bersama mesin yang tidak dimatikan suisnya.
Beberapa minit kemudian, dia terdengar bunyi kecoh dimana anaknya telah memasukkan tangan ke dalam mesin dan kedengaran suara anaknya, Aisy Mirza menjerit memanggilnya.
“Saya yang tidak menyangka apa apa kemudian terkejut apabila mendapati tangan kiri anak saya berlumuran darah, putus dan hancur dikisar mesin tersebut. Saya hanya mampu kata ‘hilang dah tangan anak aku.. hilang dah tangan anak aku’.
“Dalam keadaan lemah, saya kuatkan juga semangat untuk memangku Aisy Mirza dan membalut tempat luka dengan kain sebelum membawanya ke Hospital." kata ibu mangsa.
AISY MIRZA DI BAWA KE HOSPITAL
Adik Aisy Mirza kini ditempatkan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan.
Difahamkan, tangan anak tunggal pasangan Mahadi Mustapa, 29, dan Nik Nur Aiza Rozali, 26, itu gagal diselamatkan dan doktor hanya dapat membalut tulang bahu yang tersembul sahaja untuk mengelakkan daripada dijangkiti kuman.
mengerikan
ReplyDeletehmm..kena beringat..budak kecik ni bukan tau pe..semua menda nak cuba..
ReplyDeletehai bro ..saya ni kui3..
ReplyDeleteya ampun ..tgn kena kisar..fuhhh.. ngilu pulak rasanya.. huhu..
bro ...apa pun, kalau bro nak masuk contest 2012 tahunku yang kacak, saya sedia menunggu bro punya entri .. :D
Saya dah lama jadi silent reader blog bro ..ada sekali je komen ..takpekan bro ? lepas ni, banyak laa komen2 dari saya kat blog bro ni ..hehe
done follow :)
ReplyDelete