djchef Kepala Anak Terkoyak Main Gelongsor Air di Taman Tema | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday, 29 November 2012

Kepala Anak Terkoyak Main Gelongsor Air di Taman Tema

Kejadian buruk yang bakal berlaku tiada siapa yang dapat hidu. Djdanchef pun tidak dapat menghidu dan meramal apa malang yang akan menimpa. Begitu juga yang terjadi terhadap anak kepada seorang ibu ini.

Keseronokan seorang murid mandi-manda di sebuah taman tema air di Ayer Keroh, Melaka bertukar menjadi igauan buruk ketika bermain salah satu gelongsor air di situ.

Akibat kejadian itu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini, Muhammad Aiman Afzal Suhaizam, 14, mengalami pendarahan otak dan tempurung. kepalanya retak selepas terjatuh pada ketinggian kira-kira empat meter dari permainan gelongsor air boomerang.

AIMAN TERIMA 30 JAHITAN

Ibu mangsa, Sharina Wahab, 39, mendakwa, dalam kejadian itu, kepala anaknya terhantuk sehingga terpaksa menerima 30 jahitan selain lebam di lutut, tangan dan tengkuk. Anaknya pergi ke situ selepas mengikuti percutian selama empat hari anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perlis melibatkan rombongan kira-kira 80 orang terdiri daripada pelajar dan guru.

KEADAAN BERPUSING-PUSING HINGGA TERPELANTING KELUAR

Dakwa ibu Aiman, kejadian disebabkan kecuaian petugas yang menyelia permainan gelongsor tersebut apabila melepaskan Aiman dalam keadaan berpusing-pusing sehingga aiman terpelanting keluar.

Aiman terjatuh ke lantai konkrit dari ketinggian empat meter menyebabkan kepala terhantuk selain kesan lebam di lutut, tangan dan tengkuk sehingga menerima 30 jahitan.

PENING DAN SAKIT KEPALA SEUMUR HIDUP

Menurut Sharina, dia kini resah dan risau apabila doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merawat anaknya memaklumkan yang Aiman bakal mengalami simptom pening dan sakit kepala seumur hidup.

“Kini anak saya sering mengantuk selain lesu setiap kali bangun tidur dan keadaan itu telah mengubah kehidupan anak saya yang sebelum ini ceria,” dakwanya.

Dalam pada itu di Melaka, jurucakap taman tema tersebut memberitahu, pihaknya tidak pernah lepas tangan mengenai kejadian berkenaan dan sedang menunggu laporan penuh perubatan untuk tindakan lanjut.

LIHAT BERITA TERKINI DI BERITA

GAMBAR: Kesan jahitan di kepala aiman.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

2 comments:

  1. Ya Allah..takotnya. camne boleh terjadi camni eh..gelongsor tu tak cukup WIDTH ke..ish2

    ReplyDelete
  2. Malang tidak berbau. Besar juga kesan koyakkan kulit kepala tersebut.

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.