KUALA LUMPUR, 22 OKT 2013: Pelakon, Liyana Jasmay mengesahkan dia kini sudah pun hamil 10 minggu dan sedang mengalami alahan yang sangat teruk.
Liyana Jasmay berkata dia bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya itu. Malah gembira melihat suaminya, Fathudin Mazlan yang begitu teruja dan terharu saat mendapat berita itu.
“Alhamdulilah, saya sangat bersyukur dengan rezeki ini dan kandungan saya pun sudah cukup 10 minggu. Suami saya orang yang paling gembira dan terharu apabila mendapat tahu berita ini kerana dia memang sangat sukakan budak-budak.
“Cuma agak sedih sedikit kerana terpaksa berjauhan dengan suami saya tetapi saya beryukur kerana dia amat prihatin dan akan pulang setiap hari minggu dari Sabah ke Kuala Lumpur untuk menemani saya. Malah ketika awal kehamilan saya dia telah menjaga saya selama seminggu disini kerana saya demam.
“Sejak hamil, saya hanya berehat di rumah sahaja kerana sedang mengalami alahan yang sangat teruk.
Sehingga naik kereta atau apa pun yang bergerak saya akan mual dan muntah. Malah apa saja yang saya makan pasti akan saya muntahkan kembali.
“Tapi mungkin selepas 4 bulan hamil dan alahan pun sudah berkurangan, saya akan ke Sabah bersama suami di sana,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Pasangan itu selamat diijabkabulkan pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Seri Pacific, dekat sini. Suaminya kini menjalankan perniagaan sendiri di Sabah.
Menurut Liyana Jasmay, dia akan menolak tawaran lakonan sepanjang dia hamil kerana bimbang tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya.
“Saya akan bekerja disebalik tabir dalam bidang produksi untuk syarikat saya dan akan mengikuti promosi untuk beberapa filem pada November dan Disember ini.
“Namun, untuk berlakon saya rasa saya terpaksa menolaknya kerana saya dapati saya terlalu lemah sejak hamil ini. Mungkin untuk kemunculan beberapa babak mungkin boleh tetapi untuk memberi komitmen sepenuhnya pada watak yang besar, saya rasa mungkin tidak.
“Tapi saya yakin, selepas bersalin dan pantang mungkin saya akan kembali berlakon, InsyaAllah,” luahnya lagi.
Liyana Jasmay bakal muncul dalam filem Papadom 2 bersama Afdlin Shauki pada November ini.
JOM SHARE ARTIKEL INI:
tahniah dan semoga segalanya dipermudahkan buat liyana...
ReplyDelete