djchef Fouziah Gous dan Suami Bulan Madu DI Krabi Thailand | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday 30 October 2013

Fouziah Gous dan Suami Bulan Madu DI Krabi Thailand

FOUZIAH GOUS & ZHAFRAN BULAN MADU MENAIKI CRUISE KE KRABI!
KL, 22 OKT 2013:

Wah, sejak mendirikan rumah tangga pada 21 September lalu, Murai Batu lihat pelakon, Fouziah Gous dan suaminya, ZhafranYusof sering berkongsi foto-foto manis dan romantik di dalam laman sosial masing-masing. Malah, Murai Batu lihat mereka sangat bahagia bersama seperti dunia ini mereka yang punya.

Lebih bahagia lagi apabila Murai Batu lihat foto-foto yang dikongsi Fouziah yang kini sedang  berbulan madu di Krabi, Thailand. Menariknya, mereka ke Krabi dengan  menaiki kapal cruise. Amboi seronok betul Fouziah dan pasangannya menikmati percutian di atas kapal cruise dan pulau Krabi.

Malah, pasangan ini sempat berkongsi gambar-gambar serta video mesra dan romantik mereka di sana. Bila mereka bergambar atas kapal cruise tu Murai Batu lihat dah seperti dalam filem Titanic pula.

Selain, gambar-gamabr di atas Cruise, mereka juga sempat merakamkan gambar di tepi pulau Krabi yang tenang dan sangat cantik dengan laut yang biru.

Bukan sahaja Krabi, tak silap Murai Batu mereka selepas ini akan ke Phuket, Thailad juga.  Syok pula bila lihat orang bercuti tapi Murai Batu hanya boleh lihat sahajalah foto-foto yang dikongsi Fouziah sambil berangan sedang berada di sana.

Disini Murai Batu kongsikan foto-foto bulan madu mereka di sana ya!
JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

  1. honeymoon kat krabi..best tu..kumpul duit dari sekarang la..hehe

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.