djchef 3 Sebab Elak Berkahwin Dengan Lelaki Kacak | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday 20 October 2013

3 Sebab Elak Berkahwin Dengan Lelaki Kacak

Kebanyakan wanita lebih rela disakiti jejaka kacak yang bermain kayu tiga daripada dibahagiakan seorang lelaki yang kurang kacak tetapi baik hati.

Jadi sebelum kita berpatah hati dan berduka kerana karenah si dia, mari kita lihat bersama mengapa anda tidak harus berkahwin dengan lelaki yang terlalu kacak.

Lelaki kacak terlalu pentingkan diri

Perasan tidak, setiap kali keluar bersama seorang jejaka yang tampan, sepanjang janji temu tersebut beliau akan sibuk bercakap tentang diri sendiri. Contohnya bagaimana si dia pergi ke gym setiap hari untuk angkat berat, berapa banyak gol si dia jaringkan untuk pasukan negara, dan kerjaya si dia yang tiada tokok tandingnya. Kalau semasa janji temu sahaja sudah tidak penat masuk bakul angkat sendiri, apatah lagi apabila sudah berkahwin.

Lelaki kacak mudah bermain kayu tiga

Sudah lumrah alam, lelaki kacak mudah menarik perhatian wanita. Sampai kalau dah kahwin pun, masih ada gadis yang sanggup mengorat si dia. Bukanlah nak kata semua lelaki kacak ini buaya darat, malah ada sahaja (ramai pula itu) buaya darat yang tidak kacak langsung. Jika nak jaga hubungan dengan lelaki yang sedang-sedang sahaja rupanya sudah susah, apatah lagi dengan lelaki yang kacak tahap David Beckham. Jadi tanya kepada diri sendiri, adakah berbaloi?

Lelaki kacak menarik perhatian yang tidak diinginkan

Orang akan sentiasa bercakap, untungnya awak dapat si kacak. Ataupun mereka akan sentiasa prasangka bahawa si dia tertarik kepada anda kerana bapa anda seorang menteri. Tiada yang akan percaya bahawa si dia benar-benar cintakan anda, maklumlah si dia kacak sangat sampai boleh dapat apa-apa sahaja yang dia mahukan. Jika anda seorang yang miliki keyakinan tinggi dan tidak percaya dengan kata-kata orang, baguslah. Tetapi jika anda akan mudah terasa dengan kata-kata orang, perkara sebegini akan membuatkan anda makan hati.

Secara jujurnya, tiada cara mudah untuk mengekalkan perkahwinan anda. Bukanlah semua lelaki kacak suka menduakan isteri mereka dan bukan semua lelaki tidak kacak baik macam malaikat.

Mana tahu, anda mungkin beruntung untuk menemui seorang lelaki yang kacak macam David Beckham
JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.