Pelakon Ashraf Muslim dan isteri keduanya, Wan Sakinah selamat melangsungkan majlis persandingan mereka pada minggu lalu setelah hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga.
Pada majlis itu, pasangan tersebut kelihatan segak dan anggun menggayakan persalinan berwarna hijau zamrud.
Pernikahan pasangan ini pernah menggemparkan industri hiburan tempatan apabila pelakon kelahiran Melaka itu dikatakan tidak mendapat keizinan daripada isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman.
Pasangan yang bernikah di Thailand pada awal Julai lalu kini sedang menantikan kehadiran anak sulung apabila Sakinah disahkan hamil, baru-baru ini.
Tahniah diucapkan kepada mempelai, semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat dan diharapkan Ashraf dapat menggemudi dua orang rumahnya dengan adil dan saksama.
semoga berbahagia
ReplyDelete