djchef Tip jadi anak buah kesayangan bos | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday 19 October 2013

Tip jadi anak buah kesayangan bos

Hari Bos mungkin sudah lepas, namun itu tidak akan hentikan saya daripada senaraikan apa yang anda perlu lakukan untuk menangi hati majikan anda.

Pelik kan, orang yang paling tidak disukai bos sedang menulis tip untuk menangi hati bos. Usah bimbang kerana tip ini bukan daripada saya sendiri, malah daripada teman saya yang memang disayangi bos beliau.

Ikuti rentak Bos

Manusia sukakan perkara atau manusia yang sama seperti mereka. Oleh itu perempuan cantik suka berkawan dengan perempuan cantik sahaja.

Bos anda bukan seorang perempuan cantik tetapi beliau manusia. Oleh kerana penampilan pertama sangat bermakna, pastikan anda berpakaian seperti beliau. Jika bos anda gemar memakai t-shirt polo dan anda pilih untuk pakai dres, patutlah beliau benci anda. Macam bos pula kerja untuk anda! Jadi tip di sini adalah pergi beli t-shirt polo seperti beliau. Jika bos anda suka naikkan kolar t-shirt polo beliau, buat sahaja jangan komen macam Rempit. Nanti anda juga yang susah.

Nota: Apabila berpakaian seperti bos wanita, pastikan anda jangan lebih cantik daripada beliau.

Persamaan minat juga boleh buatkan orang sukakan anda. Bos anda lebih rapat dengan lelaki dalam pejabat kerana mereka kongsi minat dalam sukan. Jika anda nak menangi hati beliau, anda mungkin perlu belajar mendalami ilmu bola sepak.

Pastikan jangan sama rupa dengan bekas isteri beliau!

Hasil kerja bagus menjamin keselamatan anda daripada dipecat, namun anda perlu lakukan lebih daripada itu untuk pastikan bos anda tidak buatkan hidup anda macam neraka. Jadi buat sedikit kajian tentang hidup beliau dan pastikan anda tidak serupa mana-mana pengaruh buruk dalam hidup beliau. Pengaruh buruk di sini merujuk kepada guru Matematik Tambahan beliau yang pernah buat beliau gagal dalam peperiksaan atau si gadis cantik di sekolah beliau yang tak ingin dekat beliau. Memang kita tidak boleh kawal paras rupa kita, namun jika kita tahu mungkin kita boleh bezakan diri kita daripada pengaruh buruk tersebut.

Jangan kongsi semua perkara!

Sembang-sembang di pejabat buatkan kerja kurang bosan. Tetapi terlalu banyak berkongsi masalah hidup dengan bos anda akan buatkan bos anda mahu bunuh anda. Nasib baik hukuman membunuh di Malaysia agak berat jadi bos akan fikir dua kali sebelum bunuh anda. Namun beliau masih boleh buatkan kerja menjadi sukar untuk diri anda. Pengajaran disini, janganlah nak kongsi betapa kacak dan romantik teman lelaki Mat Salleh anda dengan bos anda.
JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.