Source : cinema.com.my
25 Okt - Pelakon popular, Johan As'ari mengakui dirinya kini sudah terpaut dengan seorang wanita yang juga merupakan selebriti, namun Johan enggan meluahkan perasaan hatinya kepada wanita itu.
"Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan sebagai pasangan kekasih.
"Pada saya biarlah kami diijabkabul dahulu, barulah boleh merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana andai kata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri," ujar Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari kepada sebuah portal hiburan tempatan.
Malah, pelakon berusia 27 tahun ini juga memberitahu bahawa dia mempunyai perancangan untuk bertunang pada tahun ini, namun ia hanya sekadar rancangan sahaja.
Tambah Johan lagi,dia berasa selesa dengan wanita tersebut kerana mereka saling mempercayai dan tiada timbul rasa cemburu.
"Perhubungan yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu.
"Malah, kami biarkan masing-masing mengejar cita-cita dahulu sehingga berpuas hati dengan zon masing-masing. Andaikata perhubungan ini menjadi. InsyaAllah saya akan sebarkan pada semua, doakan ya."
Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul dengan filem terbaru bergandingan dengan pelakon jelita Siti Saleha dalam "Balada Pencinta" arahan Khir Rahman yang telah ditayangkan pada 24 Oktober lalu.

siapakah?..doakan saja hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin
ReplyDelete