djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label liyana jasmay. Show all posts
Showing posts with label liyana jasmay. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Liyana Jasmay Hamil 10 Minggu

KUALA LUMPUR, 22 OKT 2013: Pelakon, Liyana Jasmay mengesahkan dia kini sudah pun hamil 10 minggu dan sedang mengalami alahan yang sangat teruk.

Liyana Jasmay berkata dia bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya itu. Malah gembira melihat suaminya, Fathudin Mazlan yang begitu teruja dan terharu saat mendapat berita itu.

“Alhamdulilah, saya sangat bersyukur dengan rezeki ini dan kandungan saya pun sudah cukup 10 minggu. Suami saya orang yang paling gembira dan terharu apabila mendapat tahu berita ini kerana dia memang sangat sukakan budak-budak.

“Cuma agak sedih sedikit kerana terpaksa berjauhan dengan suami saya tetapi saya beryukur kerana dia amat prihatin dan akan pulang setiap hari minggu dari Sabah ke Kuala Lumpur untuk menemani saya. Malah ketika awal kehamilan saya dia telah menjaga saya selama seminggu disini kerana saya demam.

“Sejak hamil, saya hanya berehat di rumah sahaja kerana sedang mengalami alahan yang sangat teruk.

Sehingga naik kereta atau apa pun yang bergerak saya akan mual dan muntah. Malah apa saja yang saya makan pasti akan saya muntahkan kembali.

“Tapi mungkin selepas 4 bulan hamil dan alahan pun sudah berkurangan, saya akan ke Sabah bersama suami di sana,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Pasangan itu selamat diijabkabulkan pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Seri Pacific, dekat sini. Suaminya kini menjalankan perniagaan sendiri di Sabah.

Menurut Liyana Jasmay, dia akan menolak tawaran lakonan sepanjang dia hamil kerana bimbang tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya.

“Saya akan bekerja disebalik tabir dalam bidang produksi untuk syarikat saya dan akan mengikuti promosi untuk beberapa filem pada November dan Disember ini.

“Namun, untuk berlakon saya rasa saya terpaksa menolaknya kerana saya dapati saya terlalu lemah sejak hamil ini. Mungkin untuk kemunculan beberapa babak mungkin boleh tetapi untuk memberi komitmen sepenuhnya pada watak yang besar, saya rasa mungkin tidak.

“Tapi saya yakin, selepas bersalin dan pantang mungkin saya akan kembali berlakon, InsyaAllah,” luahnya lagi.

Liyana Jasmay bakal muncul dalam filem Papadom 2 bersama Afdlin Shauki pada November ini.
Baca Penuh Liyana Jasmay Hamil 10 Minggu

Saturday, 2 February 2013

Gambar Majlis Pernikahan Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan Part 1

Gambar Majlis Pernikahan Liyana Jasmay Dan Fathuddin Mazlan | Foto Kahwin Nikah

Pada tahun 2012 banyak artis malaysia yang telah mendirikan rumah tangga dan antaranya pernikahan irma hasmie dan redza yang serba putih, kemudiannya Ustaz yang kacak dan sangat diminati ramai melangsungkan majlis perkahwinan iaitu ustaz don daniyyal bersama husna.

Bahkan gambar kahwin farid kamil dan diana danielle beserta video persandingan adik syafiq dan yana yang tidak lari daripada kontroversi yang tidak diundang.

Liyana Jasmay Dan Fathuddin Mazlan

Pada hari ini, 2 Februari 2013 Liyana Jasmay sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan. Fathuddin berjaya melafazkan akad nikah dengan 2 kali lafaz dan dinikahkan oleh bapa liyana sendiri iaitu Datuk Jasmay Shah.

Majlis perkahwinan berlangsung di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel dan dihadiri lebih 200 orang tetamu. Pihak lelaki menghantar 5 dulang hantaran berserta seutas gelang emas sebagai mas kahwin yang berjumlah RM5 500, tas tangan, seutas rantai emas dan cincin, sepasang anting-anting dan wang hantaran berjumlah RM28,300.88.

Pihak perempuan pula membalas 7 dulang hantaran berupa tepak sirih, manisan, dompet, jam tangan Tag Heuer, sepasang kasut prada dan cincin.

Djdanchef difahamkam majlis resepsi mereka pula akan berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC pada malam ini.

Gambar Majlis Pernikahan Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan




gambar majlis pernikahan liyana jasmay dan fathuddin mazlan, gambar kahwin nikah liyana jasmay fathuddin






Gambar Majlis Perkahwinan Pernikahan Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan
Tahniah djdanchef ucapkan dan selamat pengantin baru.
Baca Penuh Gambar Majlis Pernikahan Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan Part 1