djchef RESEPI KUIH BADAK BERENDAM SEDAP | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday 21 July 2012

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM SEDAP

Resepi kuih badak berendam yang sangat sedap dan mudah serta bagaimana cara membuat kuih badak berendam dan resepi.

Sebelum itu apa salahnya kita mengetahui lebih lanjut mengenai kuih badak berendam ni.

SEJARAH RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

Kuih badak berendam juga dipanggil sebagai sopang di Negeri Sembilan dan kuih tradisional yang sangat popular di kalangan kaum melayu di Malaysia , terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Kuih badak berendam dibuat daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur nisan tetapi bahagian tepung ini dibuat tawar sebab ia mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama santan kelapa bagi memberikan rasa lemak. Selalunya kuih badak berendam dimakan bersama dengan kuah santan kelapa.

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

Berikut merupakan beberapa resepi yang diambil dalam beberapa laman dan ianya sangat sedap

Resepi Kuih Badak Berendam 1

Bahan untuk inti kelapa kuih Badak Berendam:
200 gm kelapa parut (buang kulit arinya)
1 sudu makan tepung jagung
120 ml air
100 gm gula melaka
30 gm gula pasir
¼ sudu teh garam atau secukup
rasa
1 helai daun pandan

Cara membuat inti kelapa:
1.Masak gula melaka & gula pasir
bersama air hingga gula larut.
2.Kemudian tapis. Gaulkan campuran air gula ini bersama kelapa parut, garam dan daun pandan lalu dimasak atas api.
3.Akhir sekali, masukkan tepung
jagung dan digaul rata hingga inti
pekat.
4.Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.

Bahan untuk kuah Kuih Badak Berendam
600 ml santan pekat
2 helai daun pandan
1 sudu makan tepung jagung atau
tepung beras
½ sudu teh garam atau secukup
rasa

Cara membuat kuah:
Satukan semua bahan lalu dikacau
sehingga pekat.

Bahan untuk kulit Kuih Badak Berendam:
300 gm tepung pulut
180 gm kentang (direbus, kupas kulit dan lecek halus)
1 sudu teh pes pandan
230 ml air
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
½ sudu teh warna kuning
(Satukan semua bahan ini)

Cara membuat kulitnya:
1. Uli tepung pulut, kentang lecek dan semua bahan lain.
2. Ambil sedikit adunan; leperkan dan diisi dgn inti kelapa lalu ditutup menjadi sebiji bebola. Buat begini sehingga selesai semua bahan tadi. 3. Sementara itu, didihkan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan daun pandan.
4. Kemudian rebuslah bebola-bebola tadi di dalam air yg sedang
mendidih itu.
5. Apabila sudah masak, bebola-bebola tadi akan timbul ke atas. Angkat dan terus bubuh ke dalam kuah yg telah siap.
6. Siramkan kuah hingga menutupi semua bebola-bebola tadi.
Anda boleh mencuba resepi kuih badak berendam ni dan resepi lain. Semoga berjaya

resepi kuih badak berendam, kuih badak berendam
Gambar Kuih Badak Berendam: periuktanah.blogspot.com
JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.