djchef OST & SINOPSIS MAAFKAN AKU : CEREKARAMA TV3 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday 28 July 2012

OST & SINOPSIS MAAFKAN AKU : CEREKARAMA TV3

Sinopsis dan ost maafkan aku di cerekarama tv3 lagu pelakon.

SINOPSIS MAAFKAN AKU | CEREKARAMA TV3

Mengisahkan permulaan seluruh warga Madrasah Murafah riuh rendah apabila Firdaus Hazadi ditangkap atas tuduhan menjadi pencuri.

Walaupun ada kemungkinan Firdaus dianiayai rakan sebiliknya, Zarul, dia telah dihukum tanpa usul periksa. Pakaian Firdaus telah ditanggalkan, diikat dan dipukul dengan cemeti sebelum dibuang dari Madrasah Murafah.

SYAZWAN ZULKIFLY , ZAHARIL ADZIM & NORA DANISH - MAAFKAN AKU

Ahli keluarganya juga tidak mempercayainya kecuali adiknya, Amani. Kecewa dengan tindakan ahli keluarganya, Firdaus bertindak meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan.

Akibat tertekan,Firdaus terjebak dengan kegiatan mencuri dompet. Satu hari, Firdaus telah mencuri beg
kepunyaan Marya. Alangkah terkejutnya apabila gambar sahabatnya, Zahrul ada dalam isi dompet tersebut.

Sambungan sinopsis maafkan aku.. Rupa-rupanya Marya Khuraisha merupakan teman wanita Zahrul sedangkan Zahrul sudah bertunang dengan Natasya. Dendamnya terhadap Zahrul belum terbalas.

Akhirnya Firdaus nekad ke rumah Marya di Villa Amrila berdasarkan alamat yang terdapat dalam dompet yang dicurinya. Insiden silap nombor rumah telah membawa Firdaus berjumpa dengan Haji Habsyi yang sangkakan Firdaus ialah ustaz yang datang untuk mengajar cucunya.

PELAKON & OST MAAFKAN AKU TV3
Antara barisan pelakon di dalam drama maafkan aku cerekarama tv3 ialah Syazwan Zulkifly, Zahiril Adzim, Datuk Rahim Razali, Rosnah Johari, Nora Danish, Hisham Ahmad Tajuddin dan Maisarra Syahirah.

Jangan lupa berada di hadapan kaca tv dan saksikan cerekarama tv3 dan sinopsis maafkan aku pada 28 julai ini.


sinopsis maafkan aku, maafkan aku, sinopsis maafkan aku cerekarama tv3
JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.