Petua dan cara merawat masalah kembung perut bayi akan diberikan beberapa info dan maklumat punca untuk merawat dan menyelesaikan masalah ini
Selalunya masalah perut bayi kembung ini di sebab kan oleh perut masuk angin
1. Cara Kenalpasti Bayi Kena Kembung Perut
Bayi anda menangis sepanjang hari
tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembung perut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulih apabila bayi mencapai umur 3 bulan.
2. Punca Sebab atau Penyebab Perut Bayi Kembung
Beberapa kemungkinan anda mengalami kembung perut Alahan terhadap laktosa. Alergi susu lembu.
Ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda menyebabkan pencernaan karbohidrat tidak sempurna.Ini menyebabkan kembung dengan angin perut yang berlebihan.
Sendawa dengan betul selepas bayi
menyusu badan atau bayi menyusu
botol Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaan bayi.0Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
3. Cara Mengatasi dan Merawat Perut Kembung Bayi
Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Rawatan khusus untuk perut
kembung tidak khusus.
Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor anda mungkin akan memberi ubat dimethicone mengurangkan simptom kembung.
Langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi di rumah. Usap bahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda dengan lemah lembut . Kurangkan bunyi bising
Bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat dan cuba sedaya upaya untuk elakan masalah kembung perut bayi
saya ada pertanyaan tentang bayi yang kembung perut bukan disebabkan masuk angin...
ReplyDelete