hello mr perfect ! kaki novel waniey zakaria sinopsis review
Sinopsis Novel Hello Mr. Perfect!
Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin.Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian.
Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tidak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
Novel Hello Mr Perfect! - Waniey Zakaria
TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri. Hello Mr. Perfect
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?
Novel : Hello Mr. Perfect!
Rujukan: www.kakinovel.com , dunianovelcerpen.blogspot.com (penulis)
OH MY!!!buku hello mr.perfect ni,makes me crazy and crave for it!!!!!balik sabah nanti,surely i will borong all the new novels!!cekidout!^.^
ReplyDelete