djchef TENGKU PUTRI AISHAH ADINDA SULTAN SELANGOR MANGKAT | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday 31 July 2012

TENGKU PUTRI AISHAH ADINDA SULTAN SELANGOR MANGKAT

Tengku Putri Aishah Adinda Sultan Selangor mangkat | Tengku Putri Aishah Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah - SHAH ALAM 30 Julai - Tengku Putri Aishah, adinda bongsu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, mangkat di Hospital Pantai Kuala Lumpur di sini, awal hari ini.

Ayahanda Saudara Sultan Selangor, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Ramli Tengku Shahruddin Shah memaklumkan Almarhum mangkat pada 12.15 malam akibat barah.

Tengku Putri Aishah dimakamkan
Jenazah Tengku Putri Aishah dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam di sini kira-kira 12.45 tengah hari setelah disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Talkin dibacakan oleh Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar.

Tengku Putri Aishah, 56, menghembuskan nafas terakhir disisi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama anggota keluarga yang lain. Sultan Selangor turut berangkat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah almarhum.

Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Orang Besar Istana dan kerabat diraja yang lain. Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan exco dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid. - BERNAMA (utusan)

TENGKU PUTRI AISHAH , ADINDA SULTAN SELANGOR SELAMAT DIKEBUMIKAN by Hmetro

SHAH ALAM: Adinda Sultan Selangor, Tengku Puteri Aishah Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, 56, selamat dikebumikan di Makam Diraja.

Almarhumah yang menderita penyakit barah lebih dua tahun lalu, menghembus nafas terakhirnya ketika dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, pada jam 12.15 tengah malam.

Tengku Puteri Aishah yang lahir pada 10 Ogos 1956 adalah puteri bungsu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan isteri pertama baginda, Raja Nur Saidatul Ihsan Tengku Bendahara Badar. Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat menghadiri istiadat pengkebumian berkenaan.

Penghormatan kepada Tengku Putri Aishah
Turut memberikan penghormatan terakhir, Raja Muda, Tengku Amir Shah; kerabat diRaja Selangor, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

tengku putri aishah, tengku putri aishah adinda sultan selangor, adinda sultan selangor

Ahli Majlis Diraja, Tengku Seri Wangsa Diraja, Datuk Setia Tengku Ramli Tengku Shahruddin Shah, ketika ditemui selepas istiadat pengkebumian berakhir jam 12.45 tengah hari semalam, berkata ketika mangkat, Almarhumah dikelilingi kaum kerabat Selangor dan jenazahnya dibawa ke Istana Alam Shah, Klang jam 2.45 pagi semalam.

“Jenazah adinda baginda dimandikan dan solat jenazah dilakukan di Masjid Istana Diraja, di perkarangan Istana Alam Shah,” katanya.

Berkaitan: Berita

JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.