Pelajar SPM score subjek keramat yang terpenting dan paling penting Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris B.I dan Matematik.
Salam.. Memandangkan keputusan SPM akan keluar tak lama lagi, djdanchef ingin kongsikan kepada pelajar-pelajar yang sedang ambil SPM mahupun yang telah tamat SPM (pelajar lepasan spm) mengenai 3 subjek yang tidak ramai yang ambil kesah tetapi akhirnya ia akan buat anda terbantut di tengah jalan dan pening kepala nak pilih jurusan yang didamkan waktu isi borang upu tapi tak dapat pilih hanya gara-gara
3 SUBJEK KERAMAT ini tapi sekiranya anda minat jurusan berkaitan Sains anda perlu ambil berat terhadap 5 SUBJEK KERAMAT iaitu BM, BI, MATEMATIK, SAINS dan Subjek Fizik/Kimia/Biologi.
TOLONGLAH DAPAT KEPUJIAN UNTUK BM, BI DAN MATEMATIK. KENAPA?
Ini adalah pengalaman dari djdanchef dan juga rakan-rakan seperjuangan djdanchef selepas SPM. Pelajar yang mendapat kepujian BM,BI dan MATEMATIK akan lebih banyak jurusan yang boleh dipilih di IPTA nanti berbanding pelajar yang hanya dapat LULUS saja.
SEKURANG-KURANGNYA DAPAT 5 KEPUJIAN (BM, BI, MATEMATIK dan DUA SUBJEK LAIN YANG BERKAITAN DENGAN JURUSAN)
TAK DAPAT A PUN TAK APA JANJI DAPAT GRED C DAN KEATAS
Kepada adik-adik yang SPMnya mendapat 5 kepujian dan dalam 5 kepujian tu termasuk
3 SUBJEK KERAMAT tadi. InsyaAllah ada potensi anda akan masuk UNIVERSITI.
Sebagai contoh UITM:
Adik teringin nak jadi JURURAWAT (Nurse). Jadi adik akan pilih jurusan DIPLOMA KEJURURAWATAN. Dan syarat yang mereka tetapkan ialah:
KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains atau Biologi
Dan satu mata pelajaran yang lain
Jurusan jururawat uitm masih mahukan
BM,BI,MATEMATIK mesti Kepujian sekurang-kurangnya dapat C dan keatas. Sains pun kepujian. Serta satu mata pelajaran yang lain tak kisahlah subjek apa janji kepujian. Kalau adik cuma dapat D/E untuk salah satu subjek diatas tadi walaupun D/E tu bermaksud LULUS tetapi potensi untuk dapat jurusan ini tersangatlah tipis.
Adik yang lain pula teringin nak jadi seorang CHEF. Jadi adik boleh pilih jurusan DIPLOMA SENI KULINARI. Nama memang agak pelik tapi kalau yang ingin jadi CHEF djdanchef galakkan pilih jurusan SENI KULINARI ini djdanchef pun hairan kenapa mereka tak letak saja DIPLOMA CHEF atau DIPLOMA MASAKAN.
DIPLOMA SENI KULINARI UITM mereka tetapkan:
KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Dan dua mata pelajaran yang lain
Masih sama, mereka masih mahukan
3 SUBJEK KERAMAT itu kepujian sekurang-kurangya dapat gred C. Nak masak duduk dapur pun nak
MATEMATIK kepujian juga? Ya. Pilihlah jurusan mana pun adik-adik akan bertemu dengan
MATEMATIK juga.
Contoh POLITEKNIK:
Tadi djdanchef sembang tentang UITM sekarang beralih pula ke POLITEKNIK.
Saya suka MELANCONG dan nak jadi AGEN PELANCONGAN! jurusan yang boleh dipilih DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN.
Syarat DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN di politeknik mereka tetapkan:
KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Dan dua mata pelajaran yang lain
Masih sama lagi politeknik juga mahukan kepujian dalam BM, BI, dan Matematik serta dua mata pelajaran yang lain.
KALAU DAPAT 2A DALAM BM, KEMAHIRAN HIDUP, DAPAT B UNTUK BI TAPI DAPAT E DALAM MATEMATIK?
Contoh keputusan SPM Siti Nurhalijah:
BM - A (kepujian),
Pendidikan Islam - A (Kepujian),
Perdagangan - A (Kepujian),
BI - B (Kepujian),
Kemahiran Hidup - C (Kepujian)
Matematik - E (Lulus)
(Siti nurhalijah dapat 3A hebat kottt..)
Contoh result SPM Maya Karim:
BM - A (kepujian)
Pendidikan Islam - B (Kepujian)
Perdagangan - B (kepujian)
BI - C (kepujian)
Kemahiran Hidup - C (Kepujian)
Matematik - C (Kepujian)
(Lorhh.. Maya karim dapat 1A je.. kesiann)
Jangan pandang rendah terhadap Maya Karim, sekiranya Maya Karim memohon jurusan Diploma Seni Kulinari ada potensi Maya Karim yang hanya sekadar dapat 1A tu akan berjaya masuk universiti untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Seni Kulinari berbanding Siti Nurhalijah yang dapat 3A.
Kenapa 1A ja pun boleh masuk universiti, yang 3A tak dapat? Kenapa?
Sebab tengok pada syarat Diploma Seni Kulinari,
DIPLOMA SENI KULINARI UITM mereka tetapkan:
KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Dan dua mata pelajaran yang lain
Maya Karim dan Siti Nurhalijah kepujian hampir semua mata pelajaran di SPM tetapi cuba tengok subjek
MATEMATIK siti nurhalijah dan maya karim. UITM nak matematik kepujian kalau nak sambung DIPLOMA SENI KULINARI tetapi hanya Maya Karim saja yang kepujian dalam matematik walaupun dia dapat 1A saja dalam SPM berbanding Siti yang hanya dapat E dalam matematik tapi dapat 3A.
Apa yang boleh djdanchef katakan adik-adik yang dapat 5 KEPUJIAN dan 5 KEPUJIAN itu termasuk
BM, BM, MATEMATIK dan dua subjek lain adik-adik boleh pilih banyak jurusan yang layak dengan adik dan kemungkinan jurusan yang adik idamkan selama ini boleh dapat.
Adik-adik yang hanya sekadar dapat LULUS saja subjek tersebut masih boleh lagi pilih jurusan yang ditawarkan di universiti-universiti tetapi tidaklah banyak. Tetapi jangan risau walaupun tak banyak jurusan yang boleh pilih di Universiti tapi banyak gilerrr lagi jurusan yang adik boleh pilih di Kolej dan Institusi Kemahiran Kerajaan yang lain lagi. Atau form 6.
Yang jurusan SAINS pula lain pula ceritanya. Lagi banyak subjek KERAMAT yang perlu diambil berat.
Sekiranya adik-adik sudah habis diploma dan nak sambung Ijazah ke Universiti lain juga akan kembali lihat 3 subjek keramat ini.
Setakat ini sahaja yang dapat djdanchef kongsikan. Sebarkan kepada adik-adik anda,rakan-rakan. kalau ibu bapa pula tolong beritahu kepada anak anda yang bakal duduk SPM tu tolonglah dapat kepujian
3 SUBJEK KERAMAT BM, BI MATEMATIK dan
2 SUBJEK yang lain dapat C pun dah ok.
Kerana djdanchef tak mahu adik-adik tersalah sasar seperti djdanchef. Ramai pelajar spm yang belum didedahkan secara agresif tentang 3 SUBJEK KERAMAT ini.
Sekiranya ingin kongsikan entri ini di blog sila nyatakan sumber (backlink) ke blog
djdanchef ini. Sekian, harap dapat membantu.