Siapa yang tak suka makan kek? ada ke? Ada tapi segelintir sahaja mungkin sebab ada masalah kesihatan atau pun masih dalam mood diet. Buat pengetahuan semua, djdanchef difahamkan kek cokelat adalah antara kek nombor 1 yang digemari oleh orang ramai di seluruh dunia.
Pelbagai kaedah dan masakan boleh dibuat terhadap kek cokelat ini antaranya kek coklat kukus, bakar dan boleh dipelbagaikan seperti tambah bersama cheese, chips more dan campur dengan perisa coklat lain.
Resepi kek cokelat dari nasuha1523 |
Resepi Kek Cokelat
Dari: nasuha1523@myresipi.com
Info Tambahan: *Resepi ini tidak menggunakan telur
Bahan-Bahan Kek Cokelat
Bahan A:
200 g. (1½ cawan) tepung gandum
10 g. (2 sudu teh) serbuk penaik
5 g. (1 sudu teh) bikarbonat soda
60 g. (½ cawan) serbuk susu skim
Bahan B:
5 g. (1 sudu teh) serbuk kopi segera
140 g. (½ cawan) gula kastor
25 g. (2 sudu besar) madu
150 ml. (4/5 cawan) air panas
Bahan C:
180 g. ( ¾ cawan) marjerin
5 ml. (1 sudu teh) esen vanilla
30 g. (3 sudu besar) serbuk koko
Cara Membuat Kek Cokelat
1. Ayak bahan A dan ketepikan.
2. Campur kesemua bahan B dan kacau sehingga gula dan madu larut. Biar sejuk.
3. Pukul majerin, esen vanilla dan serbuk koko (Bahan C) sehingga berkrim dengan pemutar eletrik.
4. Masukkan sebahagian bahan A ke dalam campuran bahan C dan bancuh dengan pemutar eletrik.
5. Kemudian masukkan sebahagian bahan B dan bancuh.
6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga ramuan sebati.
7. Curah ke dalam tin acuan empat segi 20 sm. yang telah dilapik kertas minyak. Bakar dalam ketuhar pada 160ÂșC selama 45 minit atau sehingga masak.
Djdanchef : Selamat mencuba resepi kek cokelat yang pasti sedap dan mudah untuk dibuat.
Resepi Lain
- Resepi Kek Coklat Kukus
peh sangat suka kot makan kek coklat ni,,lagi2 kalau moist..
ReplyDeletesedapnya kek coklat ni.. nanti nak try resepi kek coklat ni
ReplyDeletewah coklat dia sgt menyelerakan..haha
ReplyDeletesib baik x minat kek choc ! ekek ;)
ReplyDeletemesti cuba ni... :)
ReplyDelete