djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday, 7 March 2013

Jeslina Hashim Sah Bercerai Dengan Talak 1

Jeslina hashim bercerai dengan talak satu

Sebelum ini djdanchef ada membuat entri mengenai Jeslina Hashim Bercerai Dan Hak Jagaan Anak dimana penceraian antara Jeslina dan suaminya ditangguhkan. Namun dua hari lepas Malaysia dikejutkan Jeslina Hashim sah bercerai talak satu oleh suaminya Dion Adrew Vercoe setelah hampir lapan bulan tidak duduk serumah.

Jeslina hashim bercerai


Hasil perkahwinan Jeslina dan Adrew, mereka dikurniakan dua orang anak. Anak mereka akan tinggal bersama bekas suami  dan diberikan hak lawatan kepada Jeslina di sertai dengan wang nafkah sebanyak RM8,333 selama 18 bulan dan wang edah sebanyak RM5,000.

Semoga mereka berdua tabah menjalani kehidupan baru.


Baca Penuh Jeslina Hashim Sah Bercerai Dengan Talak 1

Tuesday, 5 March 2013

Resepi Kek Cokelat

Resepi Kek Cokelat | Chocolate Cake Recipe | Resipi Kek Coklat Tanpa Telur | Blog Resepi Masakan

Siapa yang tak suka makan kek? ada ke? Ada tapi segelintir sahaja mungkin sebab ada masalah kesihatan atau pun masih dalam mood diet. Buat pengetahuan semua, djdanchef difahamkan kek cokelat adalah antara kek nombor 1 yang digemari oleh orang ramai di seluruh dunia. 

Pelbagai kaedah dan masakan boleh dibuat terhadap kek cokelat ini antaranya kek coklat kukus, bakar dan boleh dipelbagaikan seperti tambah bersama cheese, chips more dan campur dengan perisa coklat lain.


resepi kek cokelat
Resepi kek cokelat dari nasuha1523

Resepi Kek Cokelat
Dari: nasuha1523@myresipi.com

Info Tambahan: *Resepi ini tidak menggunakan telur


Bahan-Bahan Kek Cokelat
Bahan A:

200 g. (1½ cawan) tepung gandum
10 g. (2 sudu teh) serbuk penaik
5 g. (1 sudu teh) bikarbonat soda
60 g. (½ cawan) serbuk susu skim

Bahan B:
5 g. (1 sudu teh) serbuk kopi segera
140 g. (½ cawan) gula kastor
25 g. (2 sudu besar) madu
150 ml. (4/5 cawan) air panas


Bahan C:
180 g. ( ¾ cawan) marjerin
5 ml. (1 sudu teh) esen vanilla
30 g. (3 sudu besar) serbuk koko



Cara Membuat Kek Cokelat

1. Ayak bahan A dan ketepikan.

2. Campur kesemua bahan B dan kacau sehingga gula dan madu larut. Biar sejuk.

3. Pukul majerin, esen vanilla dan serbuk koko (Bahan C) sehingga berkrim dengan pemutar eletrik.

4. Masukkan sebahagian bahan A ke dalam campuran bahan C dan bancuh dengan pemutar eletrik.

5. Kemudian masukkan sebahagian bahan B dan bancuh.

6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga ramuan sebati.

7. Curah ke dalam tin acuan empat segi 20 sm. yang telah dilapik kertas minyak. Bakar dalam ketuhar pada 160ÂșC selama 45 minit atau sehingga masak.

Djdanchef : Selamat mencuba resepi kek cokelat yang pasti sedap dan mudah untuk dibuat.

Resepi Lain
Resepi Kek Coklat Kukus

Baca Penuh Resepi Kek Cokelat

VIDEO PARODY: MATLUTHFI Sindir Graduan Cerewet Memilih Kerja

Video parody mathlutfhi sindir graduan yang terlalu memilih kerja.

Ramai graduan yang menganggur sekarang ini dan salah satu sebab yang paling tertinggi mengapa graduan masih tanam anggur dirumah djdanchef pasti ramai yang sudah tahu antaranya ialah sebab terlalu cerewet memilih kerja tambah-tambah cerewet berkaitan gaji dan pangkat. Tak dinafikan djdanchef pun tergolong dalam golongan ini. hehehe

Jom sejenak kita tonton video dari matlutfhi90.




Baca Penuh VIDEO PARODY: MATLUTHFI Sindir Graduan Cerewet Memilih Kerja

Sunday, 3 March 2013

Senarai Keputusan Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 25 FFM25

Senarai keputusan penuh pemenang festival filem malaysia ke 25 FFM 25


Keputusan Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia FFM25


Filem Box Office – Ombak Rindu
Anugerah Pencapaian Khas- Rhythm & Hue Studio (Life of Pi)
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita – Seniwati Mariani Ismail
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki – Datuk Aziz Sattar
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki – Mano Maniam
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita – Lai Meng
Anugerah Khas Juri – Filem Vajram
Pelakon Harapan Wanita – Jojo Goh (29 Februari)
Pelakon Harapan Lelaki – Izzue Islam (29 Februari)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Normah Damanhuri (Songlap)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Syafie Naswip (Songlap)
Penyunting Terbaik – Wong Hui Lynn (Songlap)
Cerita Asal Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan) djdanchef
Lakon Layar Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)
Sinematografi Terbaik – Hariss Hue Abdullah (Songlap)
Pelakon Wanita Terbaik – Maya Karin (Ombak Rindu)
Pelakon Lelaki Terbaik – Faizal Hussein (Bunohan)
Pengarah Filem Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)
Filem Bukan Melayu Terbaik – Petaling Street Warriors
Filem Terbaik – Bunohan
Baca Penuh Senarai Keputusan Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 25 FFM25