djchef Duit Lisa Surihani Lesap RM50 Ribu Dari Akaun Bank | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Monday, 14 January 2013

Duit Lisa Surihani Lesap RM50 Ribu Dari Akaun Bank

Duit lisa surihani hilang rm50 ribu dari akaun bank, wang dikeluarkan oleh individu yang tidak diketahui.

Hari ini di akhbar terpampang tentang Lisa Surihani dan ibunya kerugian RM50,000 apabila wang dalam akaun bersama milik mereka dicuri.

Kehilangan wang itu disedari ibu Lisa, Siti Amira Ahmad ketika dia ingin mengeluarkan sejumlah wang di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi tetapi gagal untuk mengeluarkan wang.

Rupa-rupanya kad tersebut tak boleh digunakan lagi sebab telah ditukar oleh individu lain yang tidak disedari oleh lisa surihani dan ibunya.

Selepas semakan dilakukan, rekod pengeluaran wang menunjukkan wang dalam akaun itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.

“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai." kata lisa surihani

Lisa dan ibunya telah pun membuat
laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk siasatan. - Gosip

djdanchef: hmm simpan dalam bank pun boleh hilang.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

10 comments:

  1. Replies
    1. Tu lah macam2..

      BY: djdanchef.blogspot.com
      == ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==

      Delete
  2. aah macam mana nie
    duk dlm bank leh ilang ..
    macam mana nak percya niee huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin bijak orang zaman sekarang ni bab2 menceroboh ni

      BY: djdanchef.blogspot.com
      == ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==

      Delete
  3. mcm ne kad die xleh digune plk..ade orng ceroboh kad die atau mcm ne..bhy sekrng ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang ceroboh kad lisa ni nad..

      BY: djdanchef.blogspot.com
      == ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==

      Delete
  4. sama mcm aku minggu lepas, no.pin salah, padahal no.pin yg selalu aku guna tu.. nasib duit dlm bank xde, kalau ptptn aku masuk, mau lesap jugak duit tu -_- ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ker? Mcm mana pula boleh salah pin tu?

      BY: djdanchef.blogspot.com
      == ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==

      Delete
  5. pulak dah ..macam2 lah ...kalau cuai ini yg bahananya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena lebih berhati2 ttg semua benda sekarang ni..

      BY: DJ dan CHEF
      == ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==

      Delete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.