djchef Luqhman Berusia 2 Tahun Meninggal Dihempap TV | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday, 23 January 2013

Luqhman Berusia 2 Tahun Meninggal Dihempap TV

Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan berumur 2 Tahun Meninggal Dunia Dihempap Televisyen (TV)

Berita yang agak sedih djdanchef baca semalam mengenai kanak-kanak lelaki yang baru berusia 2 tahun meninggal dunia, kejadiaan ini berlaku di Kampung Masjid Lama, Telok Chengai, Alor Setar, Kedah.

Anak Bermain Berhampiran Rak Televisyen 29 Inci

Kejadian berlaku apabila bapa mangsa, Lazzuan Ishak sedang mandi manakala isterinya pula, Waida Kasim sedang menunaikan solat Isyak dan pada masa itu anak mereka (Luqhman) sedang menonton televisyen sambil bermain-main berhampiran rak televisyen di ruang tamu rumah.

“Sebelum mandi saya menemani Luqhman sementara menunggu isteri solat namun disebabkan berasa panas saya pergi mandi dengan meninggalkan anak saya diperhatikan oleh neneknya,” kata Lazzuan

Ketika sedang mandi dia mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat dan bergegas keluar dari bilik air.

"Saya dengar dentuman kuat dan sebaik sahaja keluar dari bilik air saya nampak rak besi yang menempatkan televisyen terbalik menghempap anak saya"

“Saya terkejut apabila melihat televisyen berusia lebih 10 tahun bersama rak tempat letak televisyen telah rebah, dengan Luqhman berada di bawah televisyen.

"Ibu saya juga berada di situ tapi dia tidak sedar kerana kejadian berlaku terlalu pantas." kata Lazzuan.

Pendarahan Di Kepala

“Ketika itu juga saya lihat darah banyak keluar dari belakang kepalanya menyebabkan saya segera menghantarnya ke sebuah hospital swasta di sini,”

"Setiap kali saya nampak Luqhman bermain di rak televisyen saya akan panggil dan beritahu dia jangan bermain di situ tapi tak sangka kejadian sebegini terjadi juga,” kata Lazzuan dengan sebak.

Ketika tiba di hospital, Luqhman masih bernafas namun dia disahkan meninggal dunia ketika diperiksa oleh doktor di wad kecemasan. - BERITA

Djdanchef: Kepada ibu-ibu sentiasalah awasi dan bersama dengan anak-anak, jangan tinggalkan anak-anak bersendirian. Kejadian buruk boleh berlaku dimana-mana sahaja.

Berikut adalah gambar-gambar yang djdanchef ambil daripada pelbagai sumber.

Baca Juga:
- Kepala Anak Terkoyak Bermain Gelongsor




JOM SHARE ARTIKEL INI:

8 comments:

  1. aduhhh
    dah ajal kan ..
    rak tuu x lah besar mana
    akak ingatkan besar dan tinggi
    tertanye2 macam mana rak tuu boleh jatuh dan terhempas di kepala bdk ini .. huhuh
    sedihnyaaaaa .. comel arwah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak ieda.. Comel arwah

      BY: DJ dan CHEF
      == ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==

      Delete
  2. Comelnya arwah Luqhman .. ibu bapa kena mainkan peranan nie.. hmm

    ReplyDelete
  3. kesianya...sbb tu bhya klo ltk tv kat tmpat yg x strategik..

    ReplyDelete
  4. TV tu beralaskan kotak?patutla TV yg berat tu boleh jatuh..lagipun meja tu kecik...nampak mcm x seimbang utk menampung TV yg berat dan besar tu

    ReplyDelete
  5. kalau memang dah ajal, kita redha jer..

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.