Duit lisa surihani hilang rm50 ribu dari akaun bank, wang dikeluarkan oleh individu yang tidak diketahui.
Hari ini di akhbar terpampang tentang Lisa Surihani dan ibunya kerugian RM50,000 apabila wang dalam akaun bersama milik mereka dicuri.
Kehilangan wang itu disedari ibu Lisa, Siti Amira Ahmad ketika dia ingin mengeluarkan sejumlah wang di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi tetapi gagal untuk mengeluarkan wang.
Rupa-rupanya kad tersebut tak boleh digunakan lagi sebab telah ditukar oleh individu lain yang tidak disedari oleh lisa surihani dan ibunya.
Selepas semakan dilakukan, rekod pengeluaran wang menunjukkan wang dalam akaun itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.
“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai." kata lisa surihani
Lisa dan ibunya telah pun membuat
laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk siasatan. - Gosip
djdanchef: hmm simpan dalam bank pun boleh hilang.