djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Friday, 4 January 2013

Nuffnang Premiere Screening Mama & The Last Stand Untuk Blogger

Menangi jemputan ke Nuffnang Premiere Screening Filem Mama dan The Last Stand untuk blogger (nuffnangers).

Eh, ayat macam djdanchef menang jemputan ini saja, sebenarnya pihak nuffnang (www.nuffnang.com.my) ingin menjemput para blogger yang berdaftar dengan nuffnang untuk menyaksikan tayangan perdana filem seram Mama dan juga filem aksi The Last Stand.

Tidak dapatlah nuffnang nak jemput semua tetapi pihak nuffnang akan memberi 60 jemputan untuk filem Mama dan 25 untuk filem The Last Stand mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak nuffnang yang akan djdanchef beritahu dibawah ini.

* NUFFNANG PREMIERE SCREENING – MAMA *


Untuk memenangi jemputan untuk nuffnang premiere screening - mama, anda hanya perlu:

1. Tinggalkan komen di conversation box tentang:

" If you’re a mama , what sort of lullaby would you sing to your kids every night as you tuck them into their beds? ”

Sebagai contoh:

“Hush little baby, don’t say a word, mama’s gonna buy you an iPhone5. And if that iPhone5 don’t ring, mama’s gonna buy you a brand new Wii.”

2. Tinggalkan komen anda bersama link url blog dan url nuffnangX.

3. 60 pemenang akan terpilih melalui komen yang paling kreatif.

4. Tarikh akhir penyertaan pada 9 Januari 2013 (12.00PM)

5. Boleh sertai sekarang dengan klik pada pautan ini.

* NUFFNANG PREMIERE SCREENING - THE LAST STAND *


Untuk memenangi jemputan nuffnang premiere screening - the last stand, anda hanya perlu:

1. Tinggalkan komen di conversation box tentang:

“If you were a part of the last stand to face the incoming drug cartels, what will be your strategy as the final barricade?"

Sebagai contoh:

"I would plant land mines all over to weaken them first, and then I’ll shoot arrows with poison ivy powder to make them itch and end it with a big net casting from a hovering helicopter."

2. Tinggalkan komen anda bersama link url blog dan url nuffnangX.

3. 25 pemenang akan terpilih melalui komen yang paling kreatif.

4. Tarikh akhir penyertaan pada 9 Januari 2013 (12.00PM)

5. Bukan sahaja boleh menang jemputan bahkan dapat juga menang jaket The Last Stand yang dipakai oleh Arnold Schwarzenegger dalam filem ini.

6. Boleh sertai sekarang dengan klik pada pautan disini .

Untuk maklumat lanjut bolehlah klik pada pautan yang djdanchef beritahu tu.
Baca Penuh Nuffnang Premiere Screening Mama & The Last Stand Untuk Blogger

Thursday, 3 January 2013

Zarina Anjoulie Kena Tahan Di Penjara Kes Memiliki Dadah

3 Januari 2013: Zarina Anjoulie Ditahan kerana memiliki pil dadah.

Trending djdanchef untuk hari ini dimana pelakon Zarina Anjoulie dituduh kerana memiliki pil dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram.

Zarina dengan seorang lagi rakan bernama Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi didakwa telah melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai.

Bagaimana pun Zarina dan Fakhruzaim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret.

IKAT JAMIN RM2000

Kedua-dua mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh Majistret Nazri Omran dengan syarat penjamin adalah daripada ahli keluarga zarina, dan sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Februari ini.

FAKHRUZAIM DIBEBASKAN , ZARINA TERIKAT

Sekarang Mohamad Fakhruzaim Mohamad berjaya dibebaskan selepas dijamin oleh abangnya sendiri. Manakala Zarina Anjoulie terpaksa berada di penjara kerana masih tiada penjamin. - Gosip

Djdanchef: apa nak dikato.



Baca Penuh Zarina Anjoulie Kena Tahan Di Penjara Kes Memiliki Dadah

Wednesday, 2 January 2013

Johan Raja Lawak Selamat Dibedah Di Bahagian Lutut

Johan raja lawak selamat melakukan pembedahan di bahagian lutut.

Sekiranya ada yang menonton maharaja lawak mega 2012 minggu lepas (minggu ke 7) ada bahagian persembahan jozan dimana johan berjalan agak terhincut sedikit.

Djdanchef dapat tahu hari ini di akaun twitter milik isteri johan, Ozlyn Wati telah post status mengatakan suaminya, Johan telahpun menjalani satu pembedahan pada bahagian lutut di mana ligament Johan dikatakan terkoyak.

Kecederan itu berpunca selepas Johan bermain futsal pada malam sebelum Konsert Maharaja Lawak Mega 2012 berlangsung.

JOHAN TELAH SELAMAT MELAKUKAN PEMBEDAHAN

Menurut isterinya, Johan kini selamat menjalani pembedahan dan sedang berehat di hospital.

Semoga johan cepat sembuh - Gosip di djdanchef

Dibawah ini beberapa gambar yang diambil dari instagram.




Baca Penuh Johan Raja Lawak Selamat Dibedah Di Bahagian Lutut

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat tahun baru happy new year 2013

Rasanya belum terlambat lagi djdanchef ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog djdanchef di facebook dan juga blogger-blogger.

RAKAN-RAKAN FACEBOOK

Happy new year 2013 kepada rakan-rakan facebook djdanchef. Sebenarnya djdanchef mempunyai 5 facebook yang mana mempunyai target pembaca yang berbeza yang djdanchef create mengikut niche: Hiburan, Berita, Makanan, Pingler dan Blog Peribadi sebab itulah blog ini bercampur macam-macam kategori dan tunggang langgang, blog yang tumpu kepada 1 kategori lagi baik sebenarnya.. Nampaknya djdanchef tersalah strategi.. Hehe tapi tak mengapalah kalau sudah enjoy berblog teruskan saja. Asalkan enjoy.

RAKAN-RAKAN BLOGGER

Tidak lupa selamat tahun baru kepada rakan-rakan blogger yang merupakan pemberi semangat untuk djdanchef berblog dan memberi inspirasi. Tahun 2012 adalah tahun yang paling aktif djdanchef berblog dan tahun 2012 jugalah ramai rakan-rakan yang djdanchef jumpa dan kenali barulah rasa otak ini berkembang bila berblogwalking banyak perkara yang djdanchef tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu selama ini.

Setakat ini sajalah, djdanchef ingin mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua yang membaca ataupun yang TERbaca entri ini, ramai silent reader - walaupun mereka tidak komen tapi djdanchef tahu ada yang setia bila djdanchef melihat ip address mereka bersama bantuan recent blogger view dari web nuffnang :-) .

Lagi sekali selamat tahun baru 2013 dan semoga semua berjaya memajukan diri selangkah lagi untuk tahun baru ini. - djdanchef


Baca Penuh Selamat Tahun Baru 2013