djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Sunday, 10 February 2013

Happy Chinese New Year 2013

Happy Chinese New Year 2013 | Selamat Tahun Baru Cina 2013

Semakin sibuk djdanchef bila datang tahun baru cina ini, banyak kerja pula tetiba datang. Entri ringkas sahaja hari ini. Djdanchef ingin mengucapkan selamat tahun baru cina buat semua rakyat Malaysia dan Happy Chinese New Year 2013 kepada pembaca dan blogger yang berbangsa cina.

Semoga dimurahi dengan kebahagiaan dan prosperity (prosperity? Bila sebut prosperity saja teringat iklan burger mcD). ;-0

Baca Penuh Happy Chinese New Year 2013

Saturday, 12 January 2013

Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus 2013 - Januari

Jadual kuliah ceramah Ustaz Azhar Idrus UAI 2013 - bulan januari

Salam.. Bagi peminat-peminat yang meminati Ustaz No.1 Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus, di sini djdanchef kongsikan jadual kuliah UAI bagi bulan Januari 2013.

Jadi mereka yang tinggal berhampiran dengan masjid-masjid yang akan ustaz azhar idrus hadiri bolehlah berpeluang mendengar ceramah dari ustaz azhar.

Daripada pemerhatian djdanchef untuk bulan januari, ustaz azhar akan kerap berada di Terengganu dan beberapa hari akan berada di Johor, Kelantan dan selangor.

Berikut adalah lokasi bersama:

jadual kuliah / ceramah ustaz azhar idrus januari 2013


Baca Penuh Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus 2013 - Januari

Wednesday, 2 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat tahun baru happy new year 2013

Rasanya belum terlambat lagi djdanchef ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog djdanchef di facebook dan juga blogger-blogger.

RAKAN-RAKAN FACEBOOK

Happy new year 2013 kepada rakan-rakan facebook djdanchef. Sebenarnya djdanchef mempunyai 5 facebook yang mana mempunyai target pembaca yang berbeza yang djdanchef create mengikut niche: Hiburan, Berita, Makanan, Pingler dan Blog Peribadi sebab itulah blog ini bercampur macam-macam kategori dan tunggang langgang, blog yang tumpu kepada 1 kategori lagi baik sebenarnya.. Nampaknya djdanchef tersalah strategi.. Hehe tapi tak mengapalah kalau sudah enjoy berblog teruskan saja. Asalkan enjoy.

RAKAN-RAKAN BLOGGER

Tidak lupa selamat tahun baru kepada rakan-rakan blogger yang merupakan pemberi semangat untuk djdanchef berblog dan memberi inspirasi. Tahun 2012 adalah tahun yang paling aktif djdanchef berblog dan tahun 2012 jugalah ramai rakan-rakan yang djdanchef jumpa dan kenali barulah rasa otak ini berkembang bila berblogwalking banyak perkara yang djdanchef tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu selama ini.

Setakat ini sajalah, djdanchef ingin mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua yang membaca ataupun yang TERbaca entri ini, ramai silent reader - walaupun mereka tidak komen tapi djdanchef tahu ada yang setia bila djdanchef melihat ip address mereka bersama bantuan recent blogger view dari web nuffnang :-) .

Lagi sekali selamat tahun baru 2013 dan semoga semua berjaya memajukan diri selangkah lagi untuk tahun baru ini. - djdanchef


Baca Penuh Selamat Tahun Baru 2013