djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday, 5 August 2012

VIDEO UNTUK DIA - NAJWA LATIF & SLEEQ MTV

Terkini video untuk dia - najwa latif & sleeq dan juga lirik lagu untuk dia - najwa latif & sleeq makin menambat hati para peminat malaysia terutama remaja.

DESCRIPTION VIDEO MTV UNTUK DIA - NAJWA LATIF & SLEEQ YOUTUBE
Uploader: aftalentaesb
Published: 4 Jun 2012

Muzik video terkini daripada Sleeq dan Najwa Latif dengan lagu Untuk Dia. Muzik video ini juga menampilkan Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz

Terima Kasih Kepada:
1. The ZON Regency Hotel By The Sea www.zonhotel.com.my
2. Drive M7 Energy Drink

Produced by : Measat Broadcast Network System Sdn Bhd & Aaron Aziz Production
Director : Aaron Aziz & Irwan Rauf
Stylist : Fatima Mohsin

untuk dia najwa latif sleeq

KOMEN VIDEO LAGU UNTUK DIA - NAJWA LATIF FEAT. SLEEQ
1. minat tang najwa latif...best sore die...
alongmyvi

2. hebat ah lambang 'SLQ' tu
irfan adli Riduan

3. sebab najwa latif comel dan cantik
nurul athirah

4.HEHE aq suka najwa
nurul athirah

5. Time Najwa nak main gitar then ade org amek blik gitar tu amat amat lah comel. :DD
HunneyPayen

6. Suka lagu untuk dia , suka juga najwa latiff dan kumpulan sleeq
Rozilawish

VIDEO UNTUK DIA - NAJWA LATIF & SLEEQ

Berkaitan:
- BIODATA NAJWA LATIF
- BIODATA SLEEQ

Baca Penuh VIDEO UNTUK DIA - NAJWA LATIF & SLEEQ MTV

Saturday, 4 August 2012

IZARA AISHAH TUNGGU VANILA COKLAT DIFILEMKAN: GOSIP ARTIS

Entri Izarah Aishah Tunggu Filem Vanila Coklat. Selepas drama vanila coklat telah menambat hati peminat Malaysia, sempena menyambut hari raya aidilfitri yang akan datang drama Vanila Coklat Raya akan menemui penonton dan dengar khabarnya Filem Vanila Coklat pula sedang dalam proses.

IZARA AISHAH PENAT MENUNGGU
Rujukan: utusan

DRAMA vanila coklat telah mempopularkan Izara Aishah kepada peminat drama TV tempatan. Bagaimanapun apabila drama berkenaan akan difilemkan oleh Asia Media Content tidak lama
lagi, peminat barangkali tidak akan melihat pelakon ini sebagai pemain watak utama.

Menurut Izara Aishah, sehingga kini tarikh penggambaran filem berkenaan telah beberapa kali tertangguh dan menyukarkan dirinya merancang jadual lebih teratur.

"Saya memang tak dapat tunggu lagi kalau mereka terus menangguhkan penggambarannya. Saya hanya akan boleh menunggu sehingga paling lewat pun akhir Ogos ini sahaja," kata Izara menyatakan duduk perkara dan meletakkan syarat.

izara aishah, vanila coklat

IZARA AISHAH BERHATI-HATI MEMBUAT KEPUTUSAN
Menurut si cantik ini, jadual yang padat dan telah dipersetujui sebelum ini membuatkan dia perlu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.

"Bermula September ini sehingga tahun depan, jadual saya sangat padat. Hendak atau tidak, memang saya kena dahulukan perkara lain jika penggambaran filem ini masih tertangguh," katanya yang bakal terlibat dalam empat buah filem pada tahun hadapan.

Bagaimanapun menurut Izara Aishah, jauh di sudut hatinya, dia memang mengharapkan filem itu diteruskan juga.

"Orang kenal saya melalui judul itu. Sudah tentu saya mahu bersama sama apabila ia diangkat ke filem. Bagaimanapun saya perlu akur dan reda jika segalanya tidak berjalan seperti yang dirancang. Jika tidak ada kata putus lagi sehingga September nanti, saya terpaksa bersedia untuk melepaskan watak tersebut kepada orang lain," katanya, mengulangi pendirian.

izara aishah, vanila coklat

IZARA AISHAH & AIMAN HAKIM RIDZA VANILA COKLAT
Mengakui jika keadaan itu terjadi, dia akan bersedih, Izara tidak mahu larut dalam permasalahan lebih serius.

"Sedih memang sedih juga sebab kami yang menaikkan nama Vanila Coklat itu sendiri. Tetapi kami tidak ada pilihan lain.

"Sebelum ini saya sendiri telah korbankan banyak perkara lain semata-mata untuk filem vanila coklat ini, tetapi kali ini agak sukar kerana saya juga perlu memikirkan komitmen dengan pihak lain juga, " kata Izara Aishah dalam nada kecewa.

Artikel Izara Aishah di dalam gosip .


izara aishah, vanila coklat
Baca Penuh IZARA AISHAH TUNGGU VANILA COKLAT DIFILEMKAN: GOSIP ARTIS

SINOPSIS KAU YANG TERINDAH SLOT AKASIA TV3 OST

Nantikan drama & sinopsis kau yang terindah slot akasia tv3 berserta lagu ost tema kau yang terindah.

Drama kau yang terindah bakal menggantikan drama Dejavu Di Kinabalu yang bakal ditayangkan pada 6 Ogos 2012 di TV3.

EPISOD DRAMA
Drama kau yang terindah ini akan bersiaran sebanyak 26 episod dan dibarisi oleh pelakon-pelakon sensasi.

SINOPSIS DRAMA KAU YANG TERINDAH SLOT AKASIA TV3
Berikut merupakan sinopsis untuk slot akasia drama:

Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya.

Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman.

Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah.

BARISAN PELAKON & LAGU TEMA OST
Slot akasia kau yang terindah menampilkan pelakon-pelakon sensasi antaranya Neelofa, Nazim Othman, Hafil Andrio Putra dan pelakon-pelakon lain.

Adakah cinta alisya (neelofa) berpihak kepada firman (hafil andrio putra) atau kapten syamiel (nazim othman) ? Sama-sama kita nantikan kesudahan ending akhir drama kau yang terindah slot akasia tv3 .


kau yang terindah, kau yang terindah tv3, hafil andrio putra, sinopsis kau yang terindah
kau yang terindah, sinopsis kau yang terindah, kau yang terindah slot akasia tv3
Baca Penuh SINOPSIS KAU YANG TERINDAH SLOT AKASIA TV3 OST

LIRIK LAGU LANGIT MENANGIS - NAZIM OTHMAN OST DEJAVU DI KINABALU

Lirik lagu langit menangis - nazim othman ialah lagu ost tema drama dejavu di kinabalu tv3.

Drama dejavu di kinabalu tv3 telah mendapat sambutan yang hangat daripada penonton malaysia dan para pelakon yang hebat antaranya Aqasha , Tiz zaqyah , Aishah Ilias dan Nazim Othman

NAZIM OTHMAN DAN LANGIT MENANGIS
Ada yang tidak menyangka bahawa pelakon tampan dan seksi, Nazim Othman boleh mencipta lagu dan bernyanyi dalam lagu yang bertajuk Langit Menangis.

LIRIK LAGU LANGIT MENANGIS - NAZIM OTHMAN

Seluas angkasa ku hampar cinta
Luhur hati hanya bagimu saja
Bagai udara untuk ku bernyawa
Dikaulah cahaya penyuluh jalan gelita

Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia menyapa

Langit Menangis
Seakan mengerti peritnya rasa aku
melihatmu dengannya
Apakah silapnya aku

Namun ku nanti dikau kembali
kepangkuan ini
meskipun ku terluka
Cubalah untuk mengerti
ohh..

Langit Menangis
Seakan mengerti peritnya rasa aku
melihatmu dengannya
Apakah silapnya aku

Namun ku nanti dikau kembali
kepangkuan ini
meskipun ku terluka
Cubalah untuk mengerti
ohh..

Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia
menyapa

Semoga anda semua dapat feel lirik lagu langit menangis Nazim othman ni. Jangan menangis sudah la yer.


lirik lagu langit menangis nazim othman, nazim othman, ost dejavu di kinabalu, lirik langit menangis
Baca Penuh LIRIK LAGU LANGIT MENANGIS - NAZIM OTHMAN OST DEJAVU DI KINABALU