djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

Tuesday, 15 January 2013

Borang Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia BL1M

Borang permohonan BL1M bantuan lesen 1 Malaysia 2013| Cara mohon online

Semalam djdanchef tonton berita kat televisyen keluar berita tentang Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M). BL1M ini salah satu inisiatif untuk membantu belia mendapatkan lesen motor (motorsikal) terutama sekali untuk pelajar yang sudah habis SPM.

* Objektif program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) adalah untuk: *

1. Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
2. Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
3. Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
4. Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
5. Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.

* Keistimewaan/Kelebihan Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) *

Antara kelebihannya ialah:
- Menawarkan kursus memandu bagi mendapatkan lesen motosikal kelas B2 pada kadar RM199, iaitu 50 % lebih rendah daripada harga biasa.
- Yuran ujian berkomputer RM17 yang dikenakan bagi ujian berkomputer akan ditanggung sepenuhnya jika peserta terpaksa mendudukinya.

Lihat Juga:
- Kad Diskaun Siwa 1 Malaysia
- Bantuan Rakyat 1 Malaysia

* Syarat Kelayakkan Memohon *

Syarat-syarat kelayakkan seperti djdanchef katakan tadi bl1m ni untuk mohon lesen B2 sahaja. Apa syarat kelayakan pemohon untuk mendapatkan diskaun ini?

1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013.

2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu.

3.  Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja seperti djdanchef katakan diatas tadi.

4. Sihat tubuh badan.

5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')

7. Bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.

8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ. Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.

* Cara Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia BL1M *

Untuk memohon bl1m anda boleh melalui pautan ini:
PERHATIAN: Sekiranya tidak boleh BUKA link dibawah sila cuba guna browser lain contoh Mozila, Internet Explorer, OPERA. Sekiranya masih tidak berjaya kemungkinan TERLALU RAMAI akses laman web tersebut.

- Laman Utama BL1M - www.bl1m.my
- Borang Permohonan BL1M - Klik Borang

* Pertanyaan Tentang Bantuan *

Kepada pembaca djdanchef yang ingin membuat sebarang pertanyaan boleh hubungi:

No Tel: 03-7801 8888 (Helpdesk MyEG)

Email: BL1M@myeg.com.my

Lesen memandu:
www.myeg.com.my (active) / www.blim.com.my (expired) / www.bl1m.com.my (expired)

Kepada belia-belia yang belum pernah mengambil lesen bolehlah rebut peluang ini. Djdanchef harap Lepas dah lulus jangan merempit dengan motor sudah ler yer.

Baca Penuh Borang Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia BL1M