djchef Kamera Casio Exilim Saiz Telefon Bimbit | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Monday 12 August 2013

Kamera Casio Exilim Saiz Telefon Bimbit

Kamera Casio Exilim Saiz Telefon Bimbit


PENGGUNAAN kamera digital yang semakin meluas di kalangan masyarakat kini memberi inspirasi kepada CASIO Computer Co. Ltd. bagi melancarkan peranti terkecil dan ternipis bercirikan teknologi terkini menerusi rangkaian Exilim, model EX-S10 dan EX-TR15.

Menyedari kehendak generasi muda, saiz seperti telefon bimbit dan fungsi pencerahan kulit serta solekan diperkenalkan sebagai tambahan kepada aplikasi sedia ada bagi memberi pengalaman berbeza kepada pengguna.

Menurut Pengarah Pemasaran Marco Heritage, pengedar eksklusif kamera Casio Exilim di Malaysia, Yap Fui Fui, kamera yang dilengkapi dengan paparan berputar 270 darjah itu sesuai untuk merakam gambar potret dari pelbagai sudut.

"Selain itu ia turut dilengkapi dengan butang khas bagi pada kerangka kamera bagi memudahkan pengguna merakam potret diri sambil memegang dengan sebelah tangan.

"Kamera juga dilengkapi dengan fungsi aplikasi perhiasan seperti cat, tera dan bingkai untuk menjadikan potret diri lebih menarik," katanya pada majlis memperkenalkan kedua-dua model tersebut di ibu negara baru-baru ini.

Dalam pada itu, EX-TR15 turut dilengkapi dengan ciri tambahan iaitu sambungan LAN tanpa wayar yang membolehkan pengguna mengawal kamera menggunakan telefon pintar sebagai pengawal jarak jauh ketika merakam gambar pada jarak jauh.

Menariknya imej yang dirakam dengan jelas menerusi skrin 920,000 piksel itu boleh dimuat naik serta-merta sekali gus dikongsi menerusi media sosial.

EX-TR15 terdapat pada pilihan warna hitam, putih dan merah jambu cerah dijual pada harga RM2,599 manakala EX-TR10 yang disediakan dalam warna putih, biru dan merah jambu khas dijual pada harga RM2,099


JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.